Thursday, December 10, 2009

sekitar program HASIZU 2...

tyme ni da nak blek da...

ustaz2 yg bnyak memberikan ilmu kpd kami....terima kasih...

perbincangan tg penstrukturan dakwah di ipt...

wit kak afiah..

bermulanya pendakian..huhhhh

tyme rehat ni....wit best partner...haha

peace!!!!tyme ni da smpai gua kelam...

sesi pengisian oleh cikgu azmi...

group aku tyme check point 2....dgq sini baik2 ya...

berehat sebentar....aku ngan fiza...

group aku tyme check point 1...bincang tg langkah2 dakwah...amboi sorg 2 sibuk men nset ja..

dengan gigihnye aku memanjatnya...

bertolak ke lokasi xpdc...jom.....

sekitar program HASIZU 1..

gambar rasmi...bersama penceramah dari MATRI PERLIS...

sir yg kteorg sygi...hehe...sir abdoh....


org kuat program.....tahniah krn berjaya menganjurkan...

jemput mkn...

ini group sy:kak afiah,kak su,fiza n kak husna..

Monday, November 9, 2009

SURVIVAL XPDC MAR-AH HASIZU...

Assalamu'alaikum...

Kami HALUANSISWA Zon Utara (Perempuan) akan mengadakan:


Butiran Program:

Tarikh: 7-9 Disember 2009

Tempat: Kem Rekreasi & Motivasi Wang Mu, Perlis.

Yuran Penyertaan: RM15 sahaja


Tema:

“Towards Being Mukminah Muslehah”


Sasaran:

Terbuka kepada semua pelajar IPT khususnya IPT Zon Utara (perempuan sahaja) . Sangat dialu-alukan juga wanita yang sudah berumah tangga yang berhajat menyertai XPDC ini. Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang sahaja. Daftar segera!


Syarat-syarat:

Tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh memudaratkan peserta semasa XPDC djalankan.


Barang-barang keperluan:

  1. Pakaian riadhah yang mencukupi
  2. Pakaian solat
  3. Torch Light
  4. Alatan mandi
  5. Baju sejuk
  6. Selipar tandas
  7. Kain Batik dua pasang
  8. Alat tulis
  9. Al-Quran dan Ma’thurat
  10. Sudu dan cawan
  11. Air mineral botol besar


Dikendalikan oleh:

  • Kem Komanden Cikgu Mohd Abdoh Zainal Abidin
  • Pengisian oleh Cikgu Azmi Bahari


Orientasi program:

Program akan berbentuk aktiviti lasak (outdoor, pengisian, dan LDK) dan akiviiti kecergasan fizikal.


Cara mendaftar:

Hantarkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda kehasizu.utara@gmail.com atau SMS ke talian 0134662698


Cara untuk ke tempat program:

Ambil bas turun di kangar, AJK pengangkutan akan bawa peserta ke MATRI.


Tentatif:
semua peserta dikehendaki berada di MATRI selewat-lewatnya jam 9.00 pagi.

Saturday, November 7, 2009

Buku-buku menarek tulisan Tuan Guru...

salam perjuangan...


ari ni life mcm biasa ja...gpun aku exam ari khamis nti..so ari ni aku luangkan masa untuk mnghadiri usrah sister yg ke-3.....jgn salah faham k dgn term sister yg digunakan....perbincangan ari ni tg sabar....berjaya dikupas dgn baik oleh ahli2 usrah sister..usrah antara kul 9pg smpaila kul12...

lpas abis usrah aku mnemani kak wani g bj untuk usha buku2 terbaru yang terdapat di pasaran semasa.....tujuan utama aku nk g kdai bku nak dapatkan al-quran...bkn pe tafsir quran aku tertinggal dirumah,so selama ni aku duk bca quran tnpa tafsir....mcm xpaham pa 2 pasal aku nak g bei 2...ttp disebabkan kat kdai buku xdak quran yg mcm aku nak...aku tlah menyerong matlamat aku nk dpt quran dgn memborong dua buah buku tulisan tuan guru nik aziz yg bertajuk almaul husna:dengan namamu aku hidup.sebuah lagi buku Kisah Cinta Didalam al-quran........dalam buku kisah cinta dlm al-quran disertakan satu vcd percuma bicara cinta oleh tuan guru.....Actually aku xbca abis gpun...bru je nak stat baca..dibawah ni sinopsis tg buku2 ini.
Kwn2 leh dptkannya dipasaran yg terdekat...Kpd kwn2 sy kat usm if nak pnjam pun leh...



Asma'ul Husna bukan sekadar sebuah irama. Malah, ia mengatasi lirik yang indah sebuah nasyid walaupun ia boleh dilagukan. Ia adalah teras rumusan tentang akidah yang benar, dibina di atas Arasy nama-nama Allah. Ia sehimpun nama-nama Tuhan yang memperkenalkan sifat diri-Nya dalam 99 nama-nama Mulia. Di sana ada erti yang mendalam bagi setiap satu dari nama-nama-Nya.
Seorang muslim yang berbakat untuk dididik adalah muslim yang gemar memerhati dan mendalami setiap satu dari bait Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang terakam dari asma'-asma'-Nya itu. Keadaan tidak seharusnya terhenti di situ. Seterusnya Muslim itu perlu sedaya mungkin menggabungkan dirinya dengan Islam, justeru faham akan sifat Allah yang menjadi Al-Khaliq.

  • Kisah Cinta didalam Al-Quran.


Pasti ramai yg tertanya2 knapa buku ini berwarna coklat???Kbnyakan buku cinta yg dijual diluar kebanyakan berwarna merah tetapi buku ini berwarna coklat...

Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang "terbungkus" kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu", berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi "taboo" dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya "ahli" hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian.Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan "live"!Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al Quran sendiri seperti firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." Surah al Imran Ayat 31.

Tuesday, November 3, 2009

KEMEWAHAN + KEKAYAAN....

salam...

KEMEWAHAN???KEKAYAAN...

Kekayaan adalah suatu rahmat namun kemewahan yang merupakan kekayaan yang tidak terkawal disifatkan oleh Syed Qutb dalam tafsir Fi Zilalul Quran sebagai ulat-ulat yang beracun dan busuk yang akan merosakkan keperibadian seorang mukmin. Kemewahan menjadikan jiwa kita hilang kepekaan serta arah tuju kita mula kabur. Kita mula hilang pertimbangan antara perkara utama dan kurang utama, keperluan atau sekadar keinginan yang tidak semuanya perlu dipenuhi.Kemewahan ini seterusnya akan mewariskan jiwa yang hilang kepekaan ini kepada generasi yang bakal lahir nanti. Ibnu khaldun dalam kitabnya Muqaddimah menggambarkan generasi yang lahir dan membesar dalam kemewahan akan lebih pentingkan diri sendiri. Profesor Hamka pula menggambarkan generasi ini umpama ikan di lombong yang tidak terbiasa dengan arus deras lalu menyebabkan isinya hanyir dan tawar.Dalam semua hal, kekayaan adalah amanah. Segalanya akan dipersoalkan nanti, dari mana kita memperolehinya dan kemana kita telah belanjakannya. Kekayaan adalah rahmat bagi jiwa yang bertaqwa dan bencana yang merosak jiwa yang lemah keimanannya.

RENUNGKANLAH...

Monday, October 26, 2009

hepi besday ina....


salam...

INA HEPI BESDAY.....SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI...SEMOGA BERBAHAGIA..SAYANG INA...HEHE....MINTAK MAAF SEPANJANG PERSAHABATAN SANGATLAH BANYAK MENYUSAHKAN INA.....PAPEPUN MOGA BERBAHAGIA....SEMOGA DIPERMUDAHKAN DALAM SEMUA URUSAN....ORG DOAKAN MGE INA BERJAYA DUNIA N AKHIRAT...


Saturday, October 24, 2009

tahajjud cinta.....



Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


p/s:besla plak dgr lagu nih...

g kenduri kak bieb..

salam............


terlebih dahulu nak ucapkan tahniah untuk kak bieb kerana telah melangsungkan perkahwinan ari nih.....

sebenarnya aku bru ja blek kenduri kawan kakbieb........kami bertolak dari usm pd pukul 11.30 pg...4 bijik kereta telah mengikuti rmbongan in...kereta prof suhaimi, kereta dai,paan dan hafis..sebelum sampai kat rumah pengantin kami semua telah singgah dulu kat giant kat seberang sebabya prof suhaimi nak beli hadiah kat kak bieb dlu...lepas abis beli hadiah kmi terus bertolak kerumah kak bieb...sampai disina kmi terus serbu umah pengantin..hehe...cantik gler kak bieb dgn bju kawenya.....kmi xmelepaskan peluang tangkap gmbar dgn kak bieb..hehe...selepas itu kmi terus makan nasik minyak beramai-ramai....dalam kul3 kmi bertolak balek usm....papepun nak ucapkan thanks kat prof suhaimi sudi antaq kmi semua blek usm..hehe....

KAK BIB SELAMAT PENGANTI BARU..........SEMOGA BAHAGIA.........KE ANAK CUCU...

P/S:x sempat nak upload gmbaq..xpe nti aku upload lain ek.....

Monday, October 19, 2009

PEMILIK CINTAKU....



salam......


ari ni aku menghabiskan masa melepak kat libry bersama sahabat kesayangn n semaster aku, nama dia sabihah....kmi lepak dri kul 9.30pg smpai kul 6ptg.....biasala nak dekat2 exam ni..kne bersemangat sikit...hehe....malam pulak aku g kelas perbandingan agama kat dewan muzakarah...perghhh ari ni takot gler plus berdebar2 cz brother kamarudin bgtau pasal result test 1 kteorg....mmg kmi semua dibrain wash oleh brother...pasal result aku xtaw la cmna cz brother jas pnggil nma je...dekat sejam jugak la dibrain wash..tp xpe aku terima semua 2...aku jugak berterima kasih la kat brother atas tunjuk ajarnya sepanjang aku mengikuti kelas brother...sangat istimewa kelas dia...bnyak pengisian yg brother beri...brother pnah ckp dalam hidup ni kita kna bnyakkan bersabar...aku pling ingt ayat 2...bnyak lagilah...respectlah kat brother kamarudin...semoga brother dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...ari ni merupakan klas terakhir kteorg untuk sem ni dan akan disambung lagi pada sem depan tapi masih dalam fasa pertama lagi.....




okeh...diatas ni buku yg aku sedang bca skang ni....adik ana bagi aku pinjam cz semalam aku g lepak2 kat bilik dia....hehe...buku ni tajuk dia PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL...menarek untuk dibaca...bnyak peringatan yg boleh diamabil....Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

"Ya Allah, andai aku jatuh cinta, jadikanlah cintaku kepadaMu yang paling tinggi, tidak dapat ditandingi cinta sesama manusia, biarpun manusia itu bernama suami. Ya Allah, pandukan hatiku kepadaMu. AKu takut akan terpesong dari jalanMu. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada diuji akidahku. Aku takut!Ya Allah, janganlah Kau jauhkan hidayahMu dari ku, aku tidak mampu hidup tanpa bantuanMu. Hadirkanlah kepadaku Qalbun Saliim..Andai satu hari nanti aku punya jodoh di dunia ini, Kau jadikanlah lelaki itu yang membawa aku kearah cintaMu. Itu yang aku harus dapatkan ya Allah. CintaMu!"



P/S:aKU tahu untuk mendapat cinta yang paling tinggi sangatlah susah bagiku kerana aku adalah manusia biasa...sebagai hamba yang sering berjanji kepada penciptaNya, aku akan cuba melakukannya....Aku akan melakukannya..Ya Allah tetaplah pendirianku....






Saturday, October 17, 2009

testing 1,2,3...

salam....

testing 1,2,3..

salam perjuangan...

salam ukhwah.....

disebabkan kekangan masa dan kesibukan terhadap pelajaran mmg x sempat berkunjung ke blog meniti hari.....alhamdulillah skang ni diberi kesempatan untuk menulis....seperti yg kita semua sedia maklum...peperiksaan akan menjelang tidak lma lgi..termasuklah aku juga perlu menempuh exam....dis is 1st exam aku as a master student.....dalam kita sibuk concentrate kpd pelajaran kita jgn kita lupa tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini...jangan disebabkan ini kita x pergi program..hubungan dgn Allah s.w.t makin renggang....ini juga kpd peringatan kpd diriku...sepanjang 4 tahun berada di bumi minden menuntut ilmu, kdg2 aku sering terlupa apa function kita diatas muka bumi ini...kdg2 terlalu mengejar dunia sehingga terlupakan akhirat...ingatlah dunia itu hanya sementara......

berbalik kpd aktiviti aku bru2 ni...sepanjang mggu ni agak sibuk...kne siapkan asignment,lab repot...berulang alik ke school pharmacy...study subjek .....bru2 ni juga aku ade test untuk student fasa 1 kelas perbandingan agama.....bgi aku sgt la susah soalan dia...inipun salah aku juga cz x study btol2.....mgkin aku x amik serius kot.......bru2 ni pun sibuk bersama sahabat semaster membuat jadual belajar sempena nak exam ni....semoga aku dan sahabat aku itu dpt mengikuti jadual itu......thanks jugak kpd adik ana bwak aku ke JAMUAN MAHABBAH EIDULFITRI anjuran JUNDIYY di kelas kafa masjid negeri pulau pinang....di majlis ini alhamdulillah aku dpt bertemu dgn sahabat2 pmi yg da lama x jumpa....tp time nak balek tadi dgn adik ana...tiba2 ujan turn..lebat la sgt...tbe2 rasa kasihan plak kat adik ana...huhu..mintak maaf ye ana, kak masyi ashik menyusahkan kmu je..hehe....neway beslah nek moto ngan kamu, walaupun akak agak takot2.....oklah setakat ini sahaja....minta maaf krn entry kali ni x memberi ape2 sebarang bentuk pengisian....

p/s: belajarlah dgn niat untuk memajukan islan dan untuk mendapat redhaNya....

".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLH melainkan kaum yang kafir."
-surah yusuf ayat 87..

wallahua'lam....

Saturday, October 10, 2009

ringkasan untukku....

salam....

testing2 1,2,3......

ari ni frust gler r dgn diri ini......semalam jnji dgn seorg sahabat utk join program PPMUSM.program bersama anak yatim..tp disebabkan kesilapan aku sendiri...aku x terjoin..huhuhu...adela sebabnya...segan lak nak nyatakan disini...kpd sahabatku yg mengajak join program 2, org mintak maaf ek...kalo ade program pape lgi gtau la...mmg nak ikot..tp disebabkan kesilapan aku.....xbleh pegi..sedih 2 sedih la jgak.....

tp ade gak balasanya,disebabkan aku x g program 2..aku leh pegi halaqah....tp mlm la....
aku rasa jiwa aku terisi la jak selepas meninggalkan medan tarbiah lebih kurg sebulan..bygkan lme gler.....patotla jiwa aku selalu kacau bilau...huhuhu....disini nak berkongsi sedikit ape yg aku dpt td....dlm kita nak beribadah,sebenarnya bnyak halangan2 yg boleh menggangu kita sebenarnya...Antara faktor-faktornya ialah halangan dalaman dan luaran...Halangan beribadah dari segi dalaman adalah datangnya dari nafsu kita sendiri... Nafsu sentiasa akan menggoda kita...Kita hendaklah sentiasa mengawal nafsu kita krn jika kita tidak mengawal nafsu kita, ia akan menjadi lebih berat dan halangan untuk kita beribadah menjadi lebih berat..Actually kalo x silap aku la nafsu ni boleh dikawal dgn kita berpuasa...Halangan yg kedua plak dari aspek luaran iatu daripada syaitan itu sendiri yg akan menghalang kita drpd beribadah...Semua org pun thukan syaitan sentiasa akan menyesat manusia sehinga kiamat...Yang kedua untuk aspek luaran plak ialah manusia...Kdg2 manusia juga menjadi sebab dan halangan untuk kita beibadah..Korg pikir la sendiri ek...Yang ketiga lak ialah keangkuhan..Manusia terkenal dgn sikap angkuh nya...sehingga seringkali melupakan siapa pencipta....Dan akhir sekali halangan beribadah ialah apabila manusia disibukkan dgn banyak hal duniawi....Actually kita x mampu nak elak halangan2 ni tp kita cuba mengawalnya....

Jika sape2 la tnye aku ape yg halangan2 aku untuk beribadah...mmgla syaitan sentiasa ada..tp aku rasa diri aku sendiri yg menyebabkan halangan2 aku untuk beribadah....cntohnya kdg2 malas gler....kdg2kan aku rasa x yakin sgt bila aku nak beribadah...aku rasa adakah ibadah aku diterima Allah???aku rasa mungkin ibadah aku x diterima Allah, baik xyah buat... so 2 la sebabnya aku jd malas gler...itu ble tyme aku tgh down....pas 2 sebab kedua lak mgkin sebab manusia....kdg2 aku segan nak beribadah..cthnya nak solat dhuha ke,tahajjud ke wateverla...aku segan r kat family aku n org2 disekelilingku...aku pun bkn berasal dri yg kefahaman agama yg mantap2..ble aku menapak kat usm ni la bru aku tahu bab2 agama ni..tp aku bersyukur la apa yg aku ada skang jika dibandingkan dgn diriku yg dlu2.....walaupun sedikit sgt ilmu ku....huhuhu...kdg2 aku sedih tgk org lain mantap je ilmu agama diorg..yg aku ni masih terkedek2 bru blaja...bru knal dhuha,tahajud,mathurat n .......tp aku bersyukur ape ygaku ada skang nih....emo lak aku nih....
Actually dlm setiap apa yg kita lakukan, cthya nak beribadat jgn kita bergantung kepada semangat....cthnya mcm diriku ni nak wat pe bnda semua kne ada smgt lu bru leh bt keje...kdg2 tu nak solat ke nak g usrah pun kne da semangat bru bleh nak wat...AWAS JANGAN JD MCM AKU...huhuhu..tp skang ni insylh aku rasa da jmpa solusinya iatu kita jangan hidup dan bergantung kepada SEMANGAT, semangat x salah sebenarnya, tp nak wat sesuatu bnda cthnya nak solat, kita kna iringi ngan kefahaman...knapa kita mesti solat...kalo kita bergantung kpd semangat..lma kelamaan semangat itu akan luntur...huhuhu...so jdila malas nak mengerjakan solat.....Kita juga kna niat utk terus bergantung kpd Allah,..


huhhhhh....pnat gler nak wat ayat...papepun mintak maaf krn bnyak ayat yg tunggang terbalik...peringatan untuk diri sendiri yang mudah lalai dan alpa...huhuhu......

Wednesday, October 7, 2009

coretanku..

salam..

alhamdulillah akhirnya ada masa gak aku hendak pos sesuatu di blog aku yg kebelakangan ni agak sunyi nih.........

mintak maaf krn xdpt nak update cte terbaru dan perkongsian terbaru krn akhir2 ni aku agak sibuk dgn macam2 hal.....mintak maaf juga krn posting di blog aku bnyak x memberi manfaat kpd pengunjung blog aku.....

seharian aku agak sibuk dilab..hari ni sehari berada di physiology lab school of pharmacy.....pada malamnya pula aku dijemput ke jamuan hari raya IPSI(ISLAMIC PROPAGATION SOCIETY INTERNATIONAL) atau comparative religion club.....sangat meriah....yang aku rasa bes...semua kaum ada....china,india duduk makan semeja........aku plak duduk semeja dgn 3 org budak cina...mereka juga sempat bertanyakan aku pasal agama islam....aku jawab je sekadar yg boleh...huhuhu........majlis itu juga diserikan dgn kedatangan dr danial...cabutan bertuah dan mcm2 lgi..tp yg pling bes mestilah makanan2nya...hehe......

actually ini adalah tahun pertama aku join kelas perbandingan agama...syukur alhamdulillah krn aku berjaya join klas ni...ac2lly aku nak join klas ni tyme undergrade dlu..tp disebabkan aku x yakin lagi,aku x joinlah...tp bes sgt join klas ni...boleh blaja tntang agama kristian..belaja apa yg ada dlm bibble...serba sedikt leh tahu kesalahan yg ada dlm bibble........xrugi kalo sape2 nak join...

ok lah disebabkan aku agak buzy,sampai sini sjelah coretanku..........



MEDIA ANTI ISLAM MELABELKAN ORANG-ORANG ISLAM SEBAGAI
TERORIS,PENGEBOM,PEROMPAK DAN PENCULIK..

Jadi mengapa ada orang mahu memandang islam??
Mengapa begitu ramai paderi dan pendakwah Kristian memeluk islam??

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....

SALAM......


ketika blog ini dipost penulis sedang mengemas barang utk dibawa blek ke kg....tahun nih aku beraya di aloq staq kedah....tahun ni beraya di rumah mak cik.....my family smpai mgkin ari sabtu nih.....x sabar nak jumpa familyku....mak,ayah,pka,abg saif n azim...huhuhu.......


dikesempatan ini juga nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd semua yang mengenali aku secara langsung dan tak langsung....aku juga ingin meminta maaf kepada semua andaikata aku melakukakan kesalahan secara langsung atau tak langsung...aku yakin aku ada melakukan kesalahan kerana aku tahu aku x sempurna...ampunkan kesalahan aku ek..semoga kita semua diberkati Allah s.w.t....

wasalam.....................

Monday, September 7, 2009

DIRIKU ADALAH MILIK TUHANKU....



salam...................
Terlebih dahulu aku nak mgucapkan tahniah kepada ajk makanan krn mkanan2 yg kita sediakan telah abis dimakan semasa program iftor ramadan pmi..walaupun buah2 tembikai yg dipotong nmpak mcm caca merba ja dipotong..thanks to muni ajak aku join pmi..hehe..
semenjak dua menjak ni bnyak peristiwa yg berlaku kpd aku...peris2tiwa2 itu kekadang membuatkan aku jd down n mcm2 lgi..huhu...Cthnya bru2 ni terlibat ngan program pmi pun telah disalah ertikan..aku x pergi program usrah pun disalahertikan..Mgkin aku juga bersalah dalam menguruskan masa aku..Mesti korg x pham kan pe pblem aku..Peristiwa2 ini membuatkan aku berfikir sejenak aku sering termenung mengkaji kekhilafan diri, menjadikan aku seorang yang matang bukan sahaja dalaman, malah luaran. Maka aku dptkan simpulkan pada diri aku sendiri bahawa, jika aku tidak memahami diriku sendiri, maka amat susah untukku memahami jiwa dan perasaan orang lain, maka orang lain juga akan menjadi amat susah untuk memahami diriku.. So, here's a checklist that I've formed for myself, as a reminder so that I'll never forget my responsibilities towards myself.huhuhu...

a)Kalau kita nak orang lain jaga hati kita, kita terlebih dulu kena jaga hati kita dan jaga hati orang lain. Think before act, jangan kira nak lepas je perasaan and jadi emosional.
kalau kita tak suka pujuk orang merajuk, kita sendiri jangan suka merajuk, kalau terasa hati, pujuklah diri sendiri. Belajar untuk berbaik sangka.huhu...

b)Kalau kita nak kongsi benda orang, kita juga kena belajar untuk berkongsi. Jangan pentingkan diri, especially dalam persahabatan sebab ukhwah itu adalah satu nikmat yang Allah bagi pinjam kat kita. Ukhwah tu bukan milik kita, bila2 masa Dia boleh tarik balik. So,nikmat yang Allah dah bagi mestilah kena kongsi sebab kita sama-sama hamba. Learn to share kasih sayang dan kebahagiaan.

c)kalau kita nak orang lain terima pendapat kita, kita kena terima and respect pendapat orang lain dulu. Tak semua benda kita betul. Manusia mana tak buat salah??kan2...

d)Kalau nak elakkan pergaduhan, belajarlah untuk mengalah. Tak guna tegakkan ego sendiri kemudian kawan2 sekeliling semua lari. Kalau dalam apa2 hal, biar saja kita yang mengalah. Tapi jangan mengalah dengan jahiliyah pulak. Itu memang kena lawan!! Tapi dalam persahabatan dan persaudaraan seIslam, lebih baik kita mengalah daripada hilang kawan.Itu lebih baikkkk...

e)Jangan jadi pemarah. Tahan. Syaitan sengaja menyala-nyalakan api permusuhan dalam hati tu... Bila rasa nak marah jaa, ucap "a'uzubillahiminashaitanirrajim" lepastu banyak-banyakkan selawat. Orang yang tahan kemarahan dia di dunia, Allah akan menahan dari memberi azabNya di akhirat kelak. panas baran pintu masuk syaitan kedalam hati orang yang lemah.

f)Jangan terlalu merendah diri. Tetapi merendah hati. Tak sama merendah diri dan merendah hati. Orang yang merendah diri selalu memperlekehkan dirinya sendiri, tiada semangat dan cepat putus asa. NO!!! Jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah..Jadilah orang yang merendah hati. Orang yang merendah hati merasa kerdil dan lemah dihadapan RabbNya, merasakan segala yang ada pada diri hanyalah atas keizinan RabbNya dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dari kelemahan yang ada, sentiasa upgrade Iman, tidak riya' dan tidak bongkak.
g)Sentiasa jaga hubungan dengan Allah ek.Tunaikan hak2 Allah.. Allah wajibkan keatas kita at least 5 tuntutan jer(paling lemah bagi yang tidak mampu). Mengucap 2 kalimah syahadah, Solat, puasa, zakat,haji. Yang pertama tu insyaAllah settle. Lagi 4 tu jer..Tu pon susah nak buat. Padahal macam2 Allah dah bagi kat kita. Allah bagi pancaindera, ALlah bagi nikmat Iman, nikmat berada dalam Islam, and macam2 nikmat lagi yang tidak terhitung. Tapi kita nak tunaikan rukun Iman pun berat. Memang kita ni hamba yang tak mengenang budi!!

h)Ingat Allah selalu. Allah sentiasa ingat dan cinta pada hamba.Hamba yang selalu lupa kat Dia. Kalau manusia lupa kat kita pun kita dah sedih. Bayangkan seorang bayi yang ibu dia lupa nak beri dia pakaian, lupa nak beri dia makanan dan minuman, pastu tinggalkan dia di merata tempat,apa jadi kat bayi tu??sendiri tahu kan? Tu baru manusia. Kalau Allah lupa kita sesaat,bernafas kah kita? dapat ke kita nak nikmati nikmat2 yang Allah bagi?bahagiakah kita? sebab tu terjadinya macam-macam bencana,macam-macam penyakit sekarang sebab kita dah lupa kat Allah. So, Allah lupakan kita sekejap,dah jadi macam-macam. Bukanlah sifat Allah itu pelupa,Allah ingat. Cuma Allah biarkan sekejap,supaya hamba Dia ingat balik kat Dia,dan kembali meminta-minta padaNya. Macam ibu, geram kat anak kecil yangnakal maka dia sengaja kurung dekat luar rumah. Ibu tak lupa malah terhendap2 di balik langsir melihat apa si anak tu nak buat. Mula-mula anak tu memanggil ibu sekali panggilan. Ibu buat tak tahu dan terus melihat. Lepas tu anak panggil lagi dan mula menangis. Kemudian si anak itu akan teresak-esak memanggil-manggil ibunya dan berjanji tak kan ulang kesalahan lagi. Pasti ibu yang sedang marah tadi tidak sampai hati nak biar ana dia. Maka pintu pun dibuka, dan anak itu pun dirangkul, dipeluk erat2, dan si ibu pasti berkata, jangan buat lagi taw.Ingat ibu suka buat kamu macam ni. Begitu juga kita sebagai hamba. Adakalanya kita berdoa tapi Allah tak makbulkan lagi.Jangan putus asa sebab Allah nak test sejauh mana kesungguhan dan keyakinan kita padaNya..sebab Allah sayang kita...

i)Akhir sekali, kritik diri sendiri dulu sebelum kritik orang lain. Mulut jangan cepat melatah memperkatakan kelemahan orang padahal kelemahan diri pon masih belum kurang. Orang yang luas mulutnya sempit hatinya. Kurangkan berkata-kata dan banyakkan diam kerana pada diam itu kita berfikir. Usah difikirkan dan mengungkit peristiwa lalu yang memilukan hati,tetapi bukalah sebuah lembaran baru agar hidup ini lebih bererti.
Statement2 dia atas dri a to i ditujukan untuk diri sendiri dan tidak ada kena mengena dgn org lain okeh..sebab kalau bukan aku yang merubah diriku sendiri siapa lagi? Orang lain tak boleh tolong kalau aku sendiri tak nak berubah dan Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang merubah nasib mereka sendiri.....

Saturday, September 5, 2009

Name of MSc Student Medical Physic/Radiation Science..

-Ashmir-(bajet hero film hindustan bdak tyme aku undergraduate lu)
-Halimi Rusli-(aku tgk mcm YB ja gaya..tiap2 ari pakai skema..ntah r aku pun xtaw pasal dia cz dlu bdak usmkk..tp mcm kelakar ja).
-Afdal-(sme gak mcm ashmir..kteorg tyme undergrade pgil dia bajet xnak ckp ngan pmpuan..hehe)..
-15 bdak dtg dri negara arab tp yg aku ingt bsher(libya),zedan(libya),asma(libya),rabhah(libya),marsya(jordan),pegah moradi(comel gler bdak iran ni,dia xbpe suke pd pucuk pimpinan ahmedinejad...),sabri(oman),ali(libya),muhamad(oman),khaldun(lpa r dia dri mna)...n ada lgi tp aku xtaw nma diorg cz yg lain 2 bajet nsem+bajet cool+bajet hero arab seperti dodi al fayed..
-bdak pompuan lak,dri usmkk ida suzanah,lin,syafa,cin ee,sathiya,yaya,.
-dri upm sabihah(ni kira partner aku dlm segala hal merangkap penasihat peribadi..selalu meniru tuto beliau jika x sempat je)..
-suhana dri utm skudai(bru bedaftar jd partner bru..hehe)...

-perbezaan kmi semua adalah jenis pengajian yg diambil(research or coursework or mixmode)..
-tp kan ble msuk kelas aku rsa mcm da jadi warnagera asing lak cz dikelilingi oleh mak2 n mamat2 arab....siap bleh duk speking arab plak..dala aku x bpa paham sgt...tp lehla setakat dua tiga ayat...
subjek yg kteorg amik utk sem ni:
=anatomy n phsiologi dlu prof madya aishah medical dr dri ippt bertam skang dr azhar yg sempoi...
=radiation dosimetry n protection prof.sivamany kandaiya..gler garang prof ni..
=radiation physic dr eid ebdul munem eid..dr pling sporting..blaja ngan dia dri zaman undergrade lgi, setiap kali wat klas ske wat usrah dlu..in arab or english...
=physic of diagnostic radiology prof abdul aziz..ska wat lawak smpai kmi semua gelak terguling2--smpai sakit perut..huaahua...
-=AMALI-

SEKIAN DLU DRI SY

Sekadar suka-suka...

salam.....

sebelum nak mengomel pnjang2...nak ltak dlu ayat ni...

"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdosa apabila dia berdoa kpdKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran."(Surah Al-Baqarah;186).

okeh....

ari ni aku agak buzy la sedikit...sibuk dgn majlis berbuka puasa pmiusm..stat dri kul 12 tghari aku n ajk biro makanan kuaq p beli brg2 yg masih x cukup lgi seperti penyepit ayam,sabun basuh pinggan,cri kurma,n mcm2 lgi...pas 2 sibuk plak nak menghiris buah tembikai...da la bnyak...yg kelakarnya ..ist tyme aku buat keje2 mcm ni...mcm dpt pengalaman la plak..belaja cra memotong buah tembikai dri cik fafa..hehehe.tq ajar potong tembikai...yg kelakarnya pelik tol cra dia ajar aku..tp xtawla kot cra dia potong biasa ja aku ja yg pelik...taw dak mcmna dia ajar potong??????yang pertama aku basuh lu buah tembikai 2..pas 2 amik pisau yg tajam2...klu buah tembikai 2 besar amikla pisau besar kit...kalo kecik mne2 pun xpe...hehe...pas 2 kan cik fafa ckp buang semua kulit tembikai dlu bru potong kecik2...aku dgr menurut perintah membuat seperti yg dickp cik fafa...tp aku agak kelakar la npe nak potong tembikai kne buang kulit dahulu...bukankah selalunya org potong terus je pas mkn sampai licin sehiris tembikai bru buang kulit dia...ac2lly ini je yg aku kelakarnya..berbalik kpd program...akhirnya progra ini berjaya dilaksanakan...mkanan pun hbis dijual...eh silap...abis dimakan...alhamdulillah...thanks pd cik muni kte yg ajar team kteorg...x lpe jgak pd cik hamdi yg pnjamkan kete beliau untuk membeli brg2...k la xtaw nak kta pa ni...

"Org yang cerdas ialah org yang mengendalikan dirinya dan bekerja untuk kehidupan setelah kematian(H.R Tarmizi)

Sunday, August 30, 2009

bersabarlah wahai diri........

salam.....


Alhamdulillah,hari ini aku masih bernyawa

Alhamdulillah aku diberi kesempatan ruang untuk menulis

Alhamdulillah aku juga diberi kesempatan menyambut ramadan

Alhamdulillah,hari ini nikmat Islam masihku rasa

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah,pembelajaranku berjalan seperti biasa

Alhamdulillah aku diberi kesabaran dikala banyak masalah yang datang

Alhamdulillah,aku diluaskan jalan menimba ilmuNya


Alhamdulillah,hari ini aku masih bernyawa

Alhamdulillah,aku ditakdirkan mencipta nama menyumbang tenaga

Alhamdulillah aku dikelilingi sahabat peneguh jiwa

Alhamdulillah juga kerana aku sering disakiti

Alhamdulillah aku juga dikurniakan insan2 yang kucinta

Segala2nya.Alhamdulillah padaMu jua Yang Esa..

Bersyukurlah dengan apa yang ada...
UKHWAH ITU INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH S.W.T........

Tuesday, August 18, 2009

mgkin ramadhan terakhir bgku?????

salam.......



Alhamduliillah.......sgala puji dpanjatkan ke hadrat Ilahi, Rabb Yang Mentadbir alam jagat dan Yg Mengatur sgala urusan dan perjalanan setiap maklukNya...Dialah yang tidak pernah menzalimi makluk2Nya, Yang Maha Pengasih terhadap hamba2Nya, Yang telah menganugrahkan nikmat iman dan nkmat islam dan sentisa mnunjukkan jalan yg lurus dan jalan kebenaran buat hamba2Nya. Selawat dan salam junjungan buat Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat dan penyambung2 risalah shinnggga ke hari ini.(agak pnjang ucpanku...susah ooo aku nak wat ayat 1st pnjang2, selalu main tulis ja sebelum ni...bkn pe ini edisi khas ramadhan)..

Tanpa disedari masa berlalu begitu pantasss..Kita telah pun dibulan yang penuh barakah iatu bulan ramadan.Sudah 3 tahun aku mneyambut ramadan di bumi minden ini sebagai undergraduate..Alhamdulillah syukur kpd ALLAH telah memberi aku peluang untuk menyambut bulan ramadn ini sebagai seorang student postgraduate..Sgt berlainan situasi aku skang..Maksudnya dunia au skang da x macam dulu...Boleh dikatakan semuanya sorang2..walaupun aku mengambil master in coursework..tp aku yakin ALLAH sentiasa ada...Tp sempatkah aku menghabiskan ramadan ini..???

Memang ramadan itu adlh bulan keramat , juga lautan manfaat serta musim ibadah TETAPI tanpa persediaan hati , semua itu bagai berlalu begitu sja..Berapa rmai yg melalui ramadan tetapi msih tidak meningkat keimanan dan ketaqwaanyakpd Allah s.w.t..Yang tinggal sekarang hanyalah doa dan harapan agar Allah s.w.t memberi kekuatan untuk menimba manfaat ramadan ini.Untuk bulan yg mulia ini marilah kita duduk untuk beriman sejenak...


Adakah ini Ramadan yang terakhir buatku????


Kepada sesiapa yang mengenali insan kerdil ini maafkanlah semua kesalahan yang telah saya lakukan.Maafkanla atas kekurangan dan kelemahan aku sepanjang aku bersama kalian....Ingatlah kehidupan ini adalah satu persinggahan dalam suatu perjalanan panjang menuju ke alam baqa..
Semoga ramadan kali ini akan memberikan aku seribu erti dalam hidup aku, manusia yang masih merangkak yang sehingga kini masih mencari pedoman dan cahaya hidup.Bimbinglah dan pimpinlah daku wahai sahabat.Biarpun aku masih merangkak dan cuba bertatih , aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian...



aku,misya,dai



dari kiri: afdal,aku(masyi),lin a.k.a minah janggal,izan,dai,misya n ashmir

Monday, August 17, 2009

perkahwinan hakiki....


salam....


alhamdulillah.....hari jumaat aku majlis graduasi aku berjaya dijalankan.....ketika mggu konvo bnyak kwn2 aku menumpang kat bilik aku...boleh dikatakan satu kos menumpang...aku sgt mengharapkan kedatangan kalian ke bilik aku..thanks kpd sahabat2 yg dtg semasa konvo aku termasuk ibu bapa n sedara mara yg dtg...thanks jugak kpd kakak nursyazwani bukhori yg menghadiahkan aku hadiah yg sgt simple tp penuh dgn makna...sy menghargainya kak wani..syukur kpd Allah s.w.t sepanjang aku sambung blaja sorg2 ni Allah s.w.t menemukan aku dgn kak wani.......syukur sgt2....sebenarnya aku nak upload gmba konvo nak ltak kat blog tp masalah tenet lak...emmmm...tgkla bla2 ka aku ltak..aku nak kongsi sedikit dari bahan bacaan yang aku peroleh.....


"Pada masa yang ditetapkan kita pasti akan dirisik.Pertunangan ditentukan sejak azali(dulu) lagi.Di hujung hadapan nanti berlangsungnya perkahwinan dgn maut.Hantarannya sakit dan nazak. Tamu bertandang menghadiahkan tangisan.Pengantin dimandikan dan dipakaikan baju putih.Wangian gaharu dan cendana pada pelamin.Pengantin bersanding bersendirian lalu diarak keliling kampung.Berkompanglah bacaan zikir dan kalimah kudus.Akad nikahnya bacaan talkin,berwalikan liang lahad dan besaksikan batu nisan.Siraman mawar oleh keluarga terdekat.Malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah dan menuntut janji pernikahan ...."


CUKUPLAH MATI SEBAGAI PERINGATAN......




Friday, August 7, 2009

keje aku yang menimbun...

salam....

hukhuk...
mggu depan ari jumaat aku da konvo....tp mcm xda feeling lak...bukan aku tak gembira nak grade nti..tp disebabkan kesibukan aku skang sebagai s2dent master membuatkan aku x bpe bes sgt tyme nih...ini adalah kerana:

TUTO DOSIMETRY-11/08/09
TEST DOSIMETRY-12/8/09.
ANTAQ REPORT
.HUMAN ANATOMY AND PHYSIO KNE ANTA KAT PROF
MUNAVVAR ZUBAID KAT LAB FARMASI 13/08/09.

.AMALI RADIATION SCATTERING AND ABSORPTION KAT
DR EID.13/08/09.
ASSIGNMENT ANATOMI-14/08/09 KNA KASI KAT DR AZHAR(BESOK 2
AKU KONVO).
TUTO DIAGNOSTIC PROF AZIZ NAK SEMAK MGGU DEPAN.

Bayangkan betapa bnyaknya keja aku...tp aku da dpt idea nak buat jahat sikit..memandangkan izan dia nak dtg stay kat ilik aku tyme konvo,aku akan mintak tlg dia siapkan report aku cz izan sgtlah berbakat dalam membuat repot tyme aku undrgraduate dlu....hehe.....

Tuesday, August 4, 2009

versi merepek-meraban...

salam...

ehem2...hukhuk.......adoyai........
aku sedih r tgk markah test dosimetry untuk paper prof sivamany..dapat sikit la plak..adoyaiii...
da la tyme dia bgi kertas test aku x dtg klas..bkan aku sengaja x mau dtg tp da demam nak wat cmna.siap x p majlis angkat sumpahpostgraduate lgi...disebabkan aku demam gak.....huhu...besok ada lagi klas prof siva.....xtawla prof nak tocer apa lgi kat aku n classmate..dala study subjek dia x abis lgi...bru study kat dose from heavy particles...bla la nak abis ni....satu lgi prof siva ni style bt kuiz ka or test x bgitau awal2.....dat mean kna prepare awl....tp ok jgak..atleast kteorg study...........satu g aku bengang ngan batuk aku nih..bila la nak lega...x larat aku nak pekena ubat batuk....huhuhu.....satu lgi yg paling aku tencen plus bengang nset aku problem.....ada plak kondisi nset aku ok..tp skrin x leh baca msj or pape...if nak anta kdai amik masa jgak...da la aku ni femes,ramai org kol dok tnya i2 ini...so xleh aku antaq nset p repair dlu...tgkla nti............zasssssssssssssssss...............

Saturday, August 1, 2009

pohon keimanan..

salam..

Apakah yang menjadikan jiwa kita mampu bersabar ketika berdepan dengan ujian yang menekan jiwa?
Apakah yang menjadikan jiwa kita tenang ketika kegelisahan menerpa dari segenap penjuru kehidupan?
Apakah yang menjadikan kita pasrah dan bahagia padahal kekecewaan dan kesedihan bersilih ganti mengunjungi jiwa kita?

Kehidupan ini adalah pentas ujian, inilah yang telah sama-sama kita yakini.Gagal dan berjaya adalah warna warninya. Hidup ini penuh persimpangan dan kita seringkali juga tersalah pilih lalu terhenti kekecewaan dipertengahan jalan, inilah yang sama-sama kita alami tanpa kecuali. Kita adalah insan lemah dan hina yang kadang-kadang tidak mampu menundukkan nafsu dalam diri lalu kita menangisinya dengan tangisan keinsafan dan penyesalan, inilah yang memang sedang kita rasai.


Semua ini adalah hakikat kehidupan dan diri kita. Tidak ada yang menjadikan kita lebih mulia atau lebih baik dari orang lain melainkan buah TAQWA yang kita petik dari Pohon Keimanan. Tidak ada yang menjadikan kita tabah melainkan kerana SABAR yang merupakan bunga-bungaannya. Kita tak akan mampu mengusir kesedihan dan kekecewaan melainkan dengan keharuman PASRAHnya.

Kebahagiaan akan tetap menjadi milik kita selagi pohon keimanan ini masih berdiri teguh di dalam jiwa kita. Kita kan memiliki kekuatan luarbiasa selagimana pohon ini kita bajai dan sirami dengan ilmu dan nasihat serta kita gembur-gemburkan dengan ibadah dan ketaatan. Pohon ini akan tumbuh dan merendang di dalam jiwa kita selagi kita tidak jemu-jemu mencabut rumput-rumput keraguan dan putus asaannya.

Bagi mereka yang tidak memiliki Pohon keimanan ini maka bagi mereka adalah kesedihan dan kekecewaan, hari-hari mereka adalah kegelapan dan keraguan sedangkan jiwa mereka terpaksa mengharungi kehidupan. Bagi mereka yang membiarkan Pohon ini layu tanpa jagaan sedarilah bahawa Anugerah ini milik Allah SWT yang mampu mencabut pohon ini mengikut kehendakNya.

"Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT."

huhu...deman...

salam......

ehem2x.....da dua hari da aku demam pnas,deman selsema dan batuk2...takot aku..yelah skang ni kecoh dgn wabak h1n1....kemarin seharian aku x g kelas....aku g klinik panel utk amik ubat...dr hanya bg ubat demam,selsema n batok..n aku mintak mc sama...aku rasa hari ni demam aku bertambah lgi...takut aku....bla aku makan ubat dia ok...lpas 2 duk 4jam seterusnya..dmam aku kembali lgi..konpius aku....maknanya 24jam aku kne dgn ubat...huhu...aku takowt gler...yelah kalo dmam aku x lega lgi aku nak wat ape ek???mungkinkah aku perlu ke klinik lgi????oh tidak.............aku x nak dimasukkan hospital lgi macam sem lepas...huhu.....Ya Allah sembuhkanlah aku....amin.....

Monday, July 27, 2009

MENGAPA DERHAKA DALAM MEMBANGUN.

Salam...............

Bru2 ni hari sabtu pg aku telah mengikuti program xpdc gunung jerai anjuran haluan siswa zon utara....tersangatlah bes mengikuti program yang dianjurkan..nti aku ltak beberapa gmbar..emmm ac2lly x nak lgi ckp pasal xpdc 2....td time tgh nak siapkan slide untuk presentation tertengok pemplet pmi tyme minggu penghayatan islam 2008,pas 2 tertarik dgn artikel yg betajuk mengapa derhaka dalam membangun...

Islam tidak melarang membangun, bahkan menggalakkan,
Mampu membangun, membangunlah,
Tapi mengapa derhaka didalam membangun??????
Islam membenarkan berkemajuan,
Sejauh yang termampu buatlah,
Tpkan mengapa nak berkemajuan bersama kederhakaan???
Atau berkemajuan membuat yang haram?!!!!!!!
Tidak bolehkah membangun dan berkemajuan tanpa
derhaka serta hindarkan perbuatan haram,
Gunakanlah kebebasan,
Tapi jangan sampai merobek-robek hak asasi manusia,
Atau hingga melanggar larangan TuhaN,
Buatlah apa saja tapi jgn menjolok mata,
Jangan sampai terlanggar akta,
Jangan pula undang-undang dilanggar,
Atau untuk golongan tertentu aja,
Berusahalah untuk kemajuan,
Untuk keluarga, untuk bangsa, untuk negara,
Jangan sampai agama terhina,
Atau agama tidak diambil kira,
Carilah kekayaan , perolehilah kesenangan,
Tapi jangan makan seorang,
Hidup didunia nih kenalah pikir sume hal ,
Didalalam memikirkan diri,fikirkan lah juga org,
Didalam membangun dan berkemajuan,
Agama jgn dikorbankan ,
Didalam menegakkan kebebasan,
jangan korbankan maruah dan adat resam yg mulia,
Didalam berusaha untuk kekayaan dan kesenangan ,
jangan menyusahkan org,
Pelajarilah dan dalamilah ilmu apa sekalipun,tiada larangan,
Tapi maruah diri,agama, bangsa, dan negara kenalah jaga,
Beginilah hidup manusia sbg hamba Allah di dunia,
Semuanya ada peraturan, ada tatasusilanya,
ada panduan, ada budi bicaranya,
Bukan sekadar hidup mengikut kemahuan,
Bagaimana hidup, tidak dipersoalkan..

Tuesday, July 21, 2009

BORAK-BORAK...

salam....

hari ni aku da pindah bilik baru desa baru..kini aku menjadi sebahagian penghuni desasiswa bakti permai...x pnah2 tgl dlm usm sebelum ni....alhamdulillah akhirnya dpt gak asrama..tp yang aku peliknya usm da jd universiti apex..dgr kata pengambilan s2dent postgraduate untuk sidang bru ni sgt ramai...tp ada lgi kwn2 aku yg masih x dpt g asrama..tp korg sabar ek...xnak la cta pasal ni......thanks utk harlina kerana kta2nya yg dihantar kat frenster aku berjaya menyedarkan aku..ya btol kta kmu belajar itu bes..mna ada masa untuk boring2..btol gak ckp kmu.....ok aku akan berpegang kpd kta2 itu bla aku rsa down..hehe....berbalik pasal ostel..romate aku adalah kakak kpd romate aku yg lma tyme undergraduate..sgt lah seronok....hehe...pg td tyme aku lalu kat foyer libry tersangatlah sibuk dgn sesi pendaftaran kelab2 yg ada kat usm...antaranya persatuan mahasiswa islam,persatuan perkhidmatan masyarakat,anak2 negeri dan mcm2 lgi......kehidupan aku skang ni bnyak kne bersendirian kne berdikari sendiri...pegi kelas n blek sume sendiri2..da x mcm undergraduate dlu yg sentiasa hidup bergeng...hehe.....rindu kwn2 tyme undergraduate...huhu....aku ac2lly x sabar nak g program ari sabtu ni...pegi gunung jerai...anjura haluan siswa zon utara....emmmm sok2 aku pos g..nk g mkn jap...bye...



JADIKAN HIDUP INI SEMANIS COKLAT

Saturday, July 18, 2009

perlu kamu....

Saat ini ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu aku perlu
Hati kamu terukir namaku
Aku tahu aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa berceritaKau takkan hilang aku sayang
Ku sedari saat manis akan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…
Biar nyata aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci ku tetap di sisi
Ku sedari saat manis akan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup…
Ku sadari saat manis akan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…

p/s:bru je dengar lgu ni tadi kat radio....tp x de kaitan ngan diri penulis...

Thursday, July 16, 2009

bercuti sebentar di rumah....

salam..................................

yuhuuuuu.....tersangatlah penat setelah dua minggu klas yg x henti2....sesi belajar aku sebagai pelajar master sangatlah sibuk....kelas aku untuk sem ni dari 9pg sampai lah 4 ptg...cme ari jumaat je sampai 5 ptg..2 pun rehat 1tghari-2tghari...betapa sibuknya...huhu...ari ni ari kamis dptlah jugak aku blek umah aku kat sg besi ni...tersangatlah rindu kat umah...rindu kat family...x thulah nak cte pe..len kali aku cte...bye..nak g makan..ahaksss....

Sunday, June 14, 2009

sudahkah anda bersedia???

salam....

da lme aku x post kat blog aku ni...lgi beberapa minggu g aku akan meninggalkan rumah aku yg tercinta ni...bru2 ni aku asyik teringatkan arwah tok wan aku n mak tok aku...aku jas berdoa sahaja...peliklah dua tiga hari ini aku asyik teringat kpd org2 yg sudah meninggalkan dunia ini...tp aku assume positive mgkin satu peringatan untuk mengingatkan diri aku ini....aku mula terpikir tentang kematian.....dengan diri aku ni masih x cukup ilmu dan amalnya....bru2 ni juga aku ada terima berita kematian kawan aku....umo baru 21 tahun....persoalannya:

" BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENGHADAPI KEMATIAN YANG KITA
TAKTAU ENTAH BILA-BILA AKAN DATANG MENJEMPUT KITA"
(FIKIR-FIKIRKANLAH)

P/S:peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk kita semua....

Friday, June 5, 2009

panik+pendesak????

salam......

emmmm ari ni kehidupan aku mcm biasa ja kat umah ni...cme 2 n 3 ari ni rajin kuar...bknnya apa sepupu ajak kuar..bnyak menghabiskan masa tgk wayang...cte terminator salvation..bes gler...1st bajet mcm x nak masuk panggung tp godaan terlampau bnyak..akhirnya tewas...tp atleast bkn gne duit aku pun...org belanja..tol x???tp actually x sabar nak menunggu filem terbaru hero twilight iatu si kacak robert patisson as edward..hiks...the new moon sambungan twilight....dijangka released kat panggung dlm bulan 11 ni..bru2 ni g umah mak sedara di selayang menghabiskan masa disana...npe ek aku tulis tajuk kat atas panik plus pendesak..mnkinkah aku seorg yg panik????pendesak?????.......mungkin ya...kpd kwn2 sy yg kenal sy mngkin mereka tahu...sebenarnya statement diatas telah dikeluarkan oleh seorg kwn yg baik ngan aku....huhhhh...tq atleast myedarkan aku..aku akan cbe pebetulkan diri aku supaya lebih tenang supaya x terlalu panik...hehe...pendesak???mnkin aku x sedar...tp aku akan dptkan bnda yg aku nak dlam waktu yg terdekat...cntohnya aku pendesak...bla kwn2 pinjam nte aku aku akan desak supaya pnjam cepat2 n bgi blek dlm waktu yg terdekat..hehe...tp aku x kedekut pun...huhhhh....papepun janji hepikan...zasssss.....

p/s:mcm emo la plak...ahaks...

Wednesday, May 27, 2009





salam...emmmmm

da lama x menulis kat blog ni...bkn pe,cme aku agak buzy sikit skang ni....mcm2 bnda kne bt kat rumah ni..huhu...da jadi mcm org gaji plak..tp x pe aku buat semua tu ikhlas...bru2 ni dpt twaran sambung master by coursework kat usm lgi....dua tiga kali gak pkir, lastly sambung je lah cz satu tahun je...yg selalu aku pikir sgt smaada aku nak tukar coursework ke research..tp las aku pikir baik aku wat coursework...emmmm..2 julai ni da kne daftar....akhirnya dpt gak aku kembali ke usm..



disini aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada ayah aku..if ayah bca blog kakak jgn marah ek akak ltak gmbar ayah..hehe...satu g tahniah diatas penganugerahan itu....

Thursday, May 7, 2009

x abis2....

salam....

time aku post blog ni aku kat perpustakaan hamzah sendut....bru je selesai kasi softcopy projek kat supervisor aku dr.sabar bauk....aku ingatkan ni las perjumpaan aku dgn dia tg projek tld 2...tp aku diberi tgas selama sebulan utk siapkan paper work pasal projek aku tuh...sje je dr sabar ni..tp x pe demi supervisor aku 2, aku akan sahut cabaran itu..bkan pe ,bygkan bdak undergraduate yg nak wat paper work...sesuai ke tak..tp x pe aku wat jgak ...sebulan je kat rmah..dia bgi masa...ok lah dr.....aku kne wat tajuk effect of dose(intensity on the glow curve)...dgr mcm senang tp susah weh....papepun doakan aku ye kwn2 mga dipermudahkan...

chowwww....