Saturday, November 7, 2009

Buku-buku menarek tulisan Tuan Guru...

salam perjuangan...


ari ni life mcm biasa ja...gpun aku exam ari khamis nti..so ari ni aku luangkan masa untuk mnghadiri usrah sister yg ke-3.....jgn salah faham k dgn term sister yg digunakan....perbincangan ari ni tg sabar....berjaya dikupas dgn baik oleh ahli2 usrah sister..usrah antara kul 9pg smpaila kul12...

lpas abis usrah aku mnemani kak wani g bj untuk usha buku2 terbaru yang terdapat di pasaran semasa.....tujuan utama aku nk g kdai bku nak dapatkan al-quran...bkn pe tafsir quran aku tertinggal dirumah,so selama ni aku duk bca quran tnpa tafsir....mcm xpaham pa 2 pasal aku nak g bei 2...ttp disebabkan kat kdai buku xdak quran yg mcm aku nak...aku tlah menyerong matlamat aku nk dpt quran dgn memborong dua buah buku tulisan tuan guru nik aziz yg bertajuk almaul husna:dengan namamu aku hidup.sebuah lagi buku Kisah Cinta Didalam al-quran........dalam buku kisah cinta dlm al-quran disertakan satu vcd percuma bicara cinta oleh tuan guru.....Actually aku xbca abis gpun...bru je nak stat baca..dibawah ni sinopsis tg buku2 ini.
Kwn2 leh dptkannya dipasaran yg terdekat...Kpd kwn2 sy kat usm if nak pnjam pun leh...



Asma'ul Husna bukan sekadar sebuah irama. Malah, ia mengatasi lirik yang indah sebuah nasyid walaupun ia boleh dilagukan. Ia adalah teras rumusan tentang akidah yang benar, dibina di atas Arasy nama-nama Allah. Ia sehimpun nama-nama Tuhan yang memperkenalkan sifat diri-Nya dalam 99 nama-nama Mulia. Di sana ada erti yang mendalam bagi setiap satu dari nama-nama-Nya.
Seorang muslim yang berbakat untuk dididik adalah muslim yang gemar memerhati dan mendalami setiap satu dari bait Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang terakam dari asma'-asma'-Nya itu. Keadaan tidak seharusnya terhenti di situ. Seterusnya Muslim itu perlu sedaya mungkin menggabungkan dirinya dengan Islam, justeru faham akan sifat Allah yang menjadi Al-Khaliq.

  • Kisah Cinta didalam Al-Quran.


Pasti ramai yg tertanya2 knapa buku ini berwarna coklat???Kbnyakan buku cinta yg dijual diluar kebanyakan berwarna merah tetapi buku ini berwarna coklat...

Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang "terbungkus" kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu", berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi "taboo" dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya "ahli" hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian.Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan "live"!Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al Quran sendiri seperti firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." Surah al Imran Ayat 31.

3 comments:

Ana FyruZ said...

saya suka buku cinta dalam al-Quran :D

saya bagi 5 bintang. Galakan semua untuk memilikinya..

:)

marsitah said...

hehe..

salam...

btol2 buku 2 mmg bes...yg org leh beli tyme disyorkan semasa bedah buku..

aku's said...

kqalo ang ade buley la pinjam....