Friday, November 26, 2010

......dunia yg begitu INDAH tetapi MENIPU.......


Tuhanku... aku tidak layak memasuki syurga Firdaus
Dan aku pun tak mampu menahan siksa api Neraka

Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku amatlah banyak bagai butiran pasir
Terimalah taubatku, wahai Yang Maha Agung

Umurku berkurang setiap hari, sedang dosa-dosaku terus bertambah
Bagaimana aku sanggup menanggungnya?

Tuhanku... hamba-Mu yg durhaka ini datang bersimpuh menghadap-Mu
Mengakui dosa-dosa dan menyeru memohon kepada-Mu

Bila Kau mengampuni, Engkaulah Sang Pemilik Ampunan
Bila Kau campakkan aku, kepada siapa aku mesti berharap selain dari-Mu?


p/s::aku hanyalah insan yang hina dina...wahai sahabat2ku..selalulah engkau bertanya tentang khabar imanku..kerana diri ini mudah lalai dalam arus dunia yg begitu INDAH tetapi MENIPU...dan aku adalah salah seorang mangsanya....

Thursday, November 25, 2010

update 5 minute....

salam...

xberniat utk berceloteh pnjang......

sudah 2 hari berada di usm..tujuannya bukan utk sambung blaja atau ape..atau bukan juga utk holiday disini....tetapi tujuannya hnyalah utk membuat persediaan temuduganya yg bakal diadakan 29 ni..tempatnya bukannya diusm ni tetapi di uitm sbrg perai...semoga Allah mempermudahkan urusanku.....

Monday, November 22, 2010

politik sebentar.....haknya terus dinafikan...


Perbicaraan kes sodomi melibatkan Datuk Seri Anwar bersambung hari ini selepas ditangguhkan selama sebulan dengan satu keputusan oleh hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk tidak memberikan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pembelaan.

Mohamad Zabidin berkata beliau memutuskan demikian memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful, saksi utama dalam kes berkenaan, katanya.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada peguam Karpal Singh.

Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan dan memohon penangguhan kerana perlu mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat hari ini.

Permohonan berkenaan dibenarkan Mohamad Zabidin yang menangguhkan perbicaraan sehingga jam 12.30 petang.

Sunday, November 7, 2010

memori:sekitar muni n ina konvo...

muni tgh tito mase ni...

from left::dai, nolin, muni, me n kakak muni
ashmir menyibuk mase ni..jgn marah..
peace!!!!!!!!!!!!!!!!


walaupun konvo muni n ina da lama berlalu...nk upload gak gmba2 korang..



update tergesa-gesa....

salam...


Susahnya, peritnya hati kite tahan sebab taknak buat sesuatu yg Allah s.w.t tak suke...insylh lebih besar ganjarannya..tak salah airmata keinsafan tu turun bila berseorangan...semoga ia belom kering....

Ye Allah itu maha mengetahui dan Dia juga maha adil...kesusahan yg diberikan adalah lambang kasih sayang Dia...kesusahan juga dijadikan ujian sebagai lambang pengukur iman...Allah hadiahkan IMAN...maka ALLAH hadiahkan juga ujian..kerana nak melihat sejauhmana manusia nak gunakan iman tu sebagai penyelamat dunia dan akhirat...dengan IMAN manusia boleh memilih yang mana baik atau buruk untuk hidupnya..syurga atau neraka...maka xkan mudah utk memperoleh cm tu saja..hnya mereka yg berjaya hadapi kesusahan dunia dgn iman tu je yg boleh mencium bau syurga....wallahualam..

Sunday, August 15, 2010

bosan...


salam...

skang sy dlm modemembaca buku ini....disebabkan kebosanan yg melampau...hobi membaca terpaksa diaplikasikan..hehe...

Wednesday, July 21, 2010

dikala senja itu tiba....


salam....semoga kamu2 semua berada dlm rahmat allah s.w.t...


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Ya Allah ampunkanlah segala dosaku Ya Allah..

Monday, July 12, 2010

~BICARA KATA~



salam sayang utk sume... da lme sy x menjenguk di blog meniti hari..nak kata sibuk tu xla sibuk pun..cme 2 3 ari ni demam sikit...satu g sibuk dgn perkara lain sedikit...sebenarnya xde pepun nk disampaikan just nk kongsi dgn ayat dibawah ini:

"Sesungguhnya ,diantara hamba-hambaKu,ada yang imannya tidak menjadi baik kecuali dengan kefakiran.Jika aku lapangkan rezekinya,maka imannya akan rosak.Diantara hamba-hambaKu ada yang imannya tidak menjadi baik melainkan dengan kondisi kaya.Jika aku membuatnya fakir,pasti imannya rosak. Diantara hamba-hambaku,ada yang imannya tidak menjadi baik,melainkan dengan kondisi sakit,seandainya aku sihatkannya,imannya pasti rosak.Aku mengatur hamba-hambaKu dengan pengetahuanKu terhadap apa yang ada dalam HATI mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Lembut."

Hadith Qudsi

Ya Allah engkau permudahkan lah setiap urusan ku...jauhilah aku dari sifat putus asa...sihatkan aku Ya Allah....Ampunkan dosaku Ya Allah....

Friday, July 2, 2010

Apabila al-quran berbicara tentang kiamat

salam pengislahan utk semua..

disini sy nk berkongsi beberapa ayt didalam al-quran yg menyebut tg kiamat...


Al-A'raf 187-188

Hanya Allah SWT-lah yang mengetahui waktu datangnya hari kiamat 187-188...

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat, "Bilakah terjadinya?" Katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." 188 Katakanlah, "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudaratan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang gaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman."


Surah An-Nahl:1

Ketetapan Allah pasti dtg,maka jgnlah kamu meminta agar dipercepat(datangnya).Maha
suci Allah dan MahaTinggi Dia dari apa yg mereka persekutukan.


Surah Muhammad:18

Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu, melainkan hari kiamat (yaitu) yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila hari Kiamat sudah datang?


Surah Al-Hajj:7
Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya ...


Al-Hijr:85
Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan benar. Dan sesungguhnya saat (kiamat) itu pasti akan datang, maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik .


Az Zukhruf: 61
Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus.


Ya, hari ini. Hari ini adalah hari yang paling berharga yang kita benar-benar miliki. Hargailah ia dengan sepenuh hati. Hiaskan paginya dengan bunga-bunga jiwa yang putih suci
dan sedingin embun pagi. Jangan kita tangguhkan segala kebaikan, lakukan yang terbaik dan termampu. Ketika kita dipagi harinya, jangan kita tunggu hingga ketengahari atau kepetangnya. Penuhi piala hati kita dengan taqwa dan hiasi diri kita dengan budi dan akhlaq terpuji. Jadikanlah semalam sebagai sempadan segala dendam dan benci lalu kita memandang manusia dengan sinar kasih sayang dan kemaafan. Segala dendam dan benci telah kita hanyutkan bersama mimpi malam tadi setelah kita pejamkan mata kita bersama wudhu dan kerinduan syurga Ilahi.Tiada yang lebih berharga dari hari ini. Hari yang masih kita miliki untuk kita hiasi dengan amal penyelamat diri, dari azab neraka yang tidak terperi juga untuk syurga dan keredhaan Ilahi. Ringankanlah bebanmu
untuk hari ini, untuk kau galas segala kemuliaan diri. Juga untuk jiwamu tabah menongkah ombak kehidupan setinggi langit.

semoga perkongsian ini semakin mendekatkan diri kita pada allah s.w.t....

11:14 a.m
3 julai 2010



tuhan leraikan dunia yg mendiam didlm hatiku....

salam

zasss~

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Wednesday, June 30, 2010

warna-warni kehidupan..

salam sume...

emmmm...

da lme x singgah kat meniti hari..bukan pe tuan die pun sibuk duk meniti hari..hehe..

ni nk kongsi sikit tg warna-warni kehidupan yg diambil dari blog cikgu azmi..sy tertarek dgn isi2 dlm artikel ini....sme2 kita bca k...

Bayangkan segala yang ada di dunia ini semuanya satu warna sahaja. Katakan warna hitam.

Rumput, pokok-pokok, sawah padi, gunung ganang, bangunan, kenderaan dan apa saja yang ada

semuanya berwarna hitam. Tentunya kehidupan kita adalah kebosanan, hari-harinya adalah

kejemuan dan kita tepaksa mengharungi kehidupan ini dengan jiwa yang hambar dan kosong.

Tentunya tidak banyak kemahuan yang mengisi jiwa kita, tidak banyak cita-cita dan keazaman.

Tentunya setiap hari yang kita lalui tidak ada banyak perbezaannya. Kehidupan ini terasa kaku,

sempit, statik dan tidak berubah. Tentunya kehidupan dan kematian itu tidak terlalu jauh

berbeza hinggakan kita tidak merasa perlu untuk terus hidup. Namun Allah SWT dengan

Kebijaksanaan, Keadilan serta RahmatNya menghiasi dunia ini dengan pelbagai warna hingga

jiwa kita hidup dan bertenaga. Warna warni menjadikan kehidupan kita terasa begitu indah


Saya pernah berpesan pada seorang teman, “hidup kita ini perlu banyak warna”. Ketika itu

bulan oktober 2008, saya perlu kosongkan rumah dimana saya tinggal seperti yang dijanjikan

sedangkan rumah baru yang akan saya sewa hanya boleh mula diduduki pada pertengahan atau

penghujung januari kerana beberapa masalah. Jadi untuk sementara waktu saya menumpang di

rumah kawan yang kosong kerana mereka sekeluarga sedang mengerjakan umrah. Jadi untuk

tempoh itu status saya adalah ‘homeless’ atau tidak berumah. Memang berbagai perasaan yang

perlu saya tempuh pada waktu itu tetapi itulah warna warni kehidupan yang sedang

mengajarkan kita erti kematangan, kesabaran dan kepasrahan bahkan mengajarkan kita erti

kehambaan yang tidak memiliki apa-apa.


“Anta masih muda dan anta perlu warnai kehidupan anta dengan sebanyak mungkin warna

kerana warna warni kehidupan kita ini akan menjadikan kita lebih matang.” Nasihat saya lagi.

“Jangan takut untuk berdepan ujian, cuba apa saja pengalaman asalkan tidak berlawanan

dengan syarak dan tidak mengorbankan prinsip”.



Warna warni kehidupan ini adalah warna warni jiwa kita. Jiwa yang satu warna umpama bumi

dengan satu warnanya. Hari-hari dalam kehidupannya ialah kesunyian, keraguan dan

kekosongan. Oleh itu kita perlu warnakan jiwa kita dengan sebanyak mungkin warna. Saya

sendiri, cuba warnakan jiwa saya dengan pelbagai warna. Sebelum umur saya menjangkau 40

tahun saya akan cuba apa-apa saja yang bermanfaat untuk mengumpul ilmu dan pengalaman.

Saya pernah bekerja di dalam bidang perakaunan, pengurusan, pernah terlibat dalam bidang

pembinaan dan kerja-kerja pakar, menjadi guru, peniaga, motivator,penceramah jemputan dan

sekarang cuba untuk jadi penulis. Saya tidak maksudkan kita perlu bertukar-tukar kerja,

mungkin jalan kehidupan saya agak berbeza. Saya bertukar kerja kerana keperluan bukan

saja-saja tetapi yang saya maksudkan ialah kita perlu berani untuk berdepan cabaran dan

perubahan.

Memang perubahan itu menyakitkan. Bayangkan saya yang belajar dalam bidang pengurusan

tiba-tiba terpaksa bekerja dalam bidang civil engineering bahkan perlu consult engineer-

engineer yang ada masalah terutamanya berkaitan struktur bangunan, water proofing system

dan sebagainya. Saya terpaksa ke perpustakaan untuk memahami istilah-istilahnya, bertanya,

pergi kursus dan sebagainya. Ringkasnya hampir 2 tahun saya terpaksa bertungkus lumus

untuk memahami bidang baru ini dan setelah hampir 5 tahun barulah saya rasa lebih

berkeyakinan. Bukan setakat itu saja, hampir setiap hari saya terpaksa berdepan dengan

engineer yang mengadu dan meminta pandangan berkenaan pelbagai masalah berkaitan

bangunan. Saya pernah beberapa hari sakit tengkok apabila Maybank Ipoh meminta untuk

menyiapkan proposal untuk sistem paip baru bagi sebuah bangunannya, sedangkan pada masa

itu saya baru setahun bekerja. Berbagai istilah yang disebutkan oleh jurutekniknya yang

menyebabkan kepala saya berserabut.

Semua warna warni kehidupan ini akan menjadikan kita lebih faham kehidupan kita sendiri.

Setiap ilmu dan pengalam itu ada harganya yang perlu kita bayar tetapi kita tidak ada banyak

pilihan. Ilmu dan pengalaman itulah modal kehidupan.

Setiap perubahan itu menuntut kesabaran dan keteguhan jiwa tetapi perubahan itulah petanda

kehidupan manakala kekakuan dan tidak berubah itu adalah petanda kematian jiwa. Namun

perubahan itu ada kitaran hidupnya. Saat pertamanya ialah keraguan dan keinginan yang

berperang di dalam jiwa; kita ragu-ragu untuk berubah namun jiwa kita inginkan ketinggian dan

kemuliaan. Saat keduanya ialah keperitan dan tekanan; itulah harga yang perlu kita bayar. Saat

ketiganya ialah kecewa dan percaya diri; bagi kita yang tidak dapat membendung keraguan

maka kita akan balik kepada kedudukan asal dengan penuh kekecewaan namun bagi mereka

yang semakin jelas kejayaan akan terus melangkah dengan penuh percaya diri. Saat

keempatnya ialah menikmati kesakitan; saat inilah jiwa kita benar-benar terbina, keazaman

mula mewarnai diri sedangkan ketabahan, kesabaran dan kepasrahan mula menjadi darah

daging kita...... kita tidak lagi takut gagal kerana kita benar-benar yakin bahawa gagal dan

berjaya itulah warna warni hidup kita sedangkan fitnah, tohmahan, cercaan dan kejian itulah

perisanya. Dan akhirnya ialah kemanisan dan kejayaan yang akan kita miliki
..

Monday, June 28, 2010

mereka ini sgt !@&*%&##%.....zasss


salam..

ni artikel diambil dari kwn sy syafik keadilan...tq

kongsi ngan akak artikel ni kat fb..


1) Pembongkaran isu Felda lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan (SK) adalah satu langkah awal bagi menyelamatkan institusi tersebut daripada terus dipergunakan oleh Umno-Barisan Nasional demi kepentingan politik mahupun peribadi individu tertentu. Agak lincah beberapa suku-sakat juak Umno kelas bawahan cuba tonjolkan diri sbg juara rakyat dengan membakar akhbar SK sambil melaungkan “Hancur PKR!”. Tanpa fakta,siasat dan kenyataan berilmu untuk menyangkal dakwaan SK bahawa Felda(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) akan bankrap hasil campur tangan Umno-BN mereka terus melenting, terlolong seraya anjing menyalak mencari mangsa.

2) Kalau benar kenyataan Suara Keadilan salah, pimpinan KEADILAN dan Pakatan seru UMNO-BN saman dgn kadar segera, InsyaAllah, lagi banyak bukti dan penyelewengan mereka bongkarkan di mahkamah. Umum tahu, Pak Najib dan Muhyiddin sendiri terkejut kaku apabila KEADILAN dan Pakatan bongkar isu ini kerana isu ini akan membangkitkan kemarahan rakyat,bumiputera khususnya. Dan satu yg rakyat pelik, kalau benar tidak bankrap mengapa perlu melatah sedemikian rupa?

3) Secara peribadi, saya setuju dgn kenyataan penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim agar Felda saman pihak ini agar Pakatan dapat menggodek dgn lebih dalam penyelewengan Felda dan Umno yg banyak merugikan rakyat bumiputera.

4) Dalam isu ini, belum lagi mereka ambil tindakan samada saman atau sbgnya, mereka telah kelam-kabut, gentar tak berlagu menyangkal dakwaan pimpinan Pakatan. Apa nak takut sangat? Kalau salah, dakwa di mahkamah,kita lihat siapa juara hujah, jadi kenapa Umno dan Felda terhegeh-hegeh nak bertindak? Tak kisah lah rugi 2.7 juta ke, 8 juta ke, 10 juta ke, yg penting, itu duit rakyat dan perlu kamu bentangkan ke mana perginya jutaan wang rakyat Felda.

5) Tadi saya sempat hubungi rakan saya, salah seorang wartawan Suara Keadilan tentang isu ini. Untuk warga Felda, saya pelik, kenapa masih ada yg beri undi dan menyokong Umno yg dah ratah hak kalian dan mamah sehingga sendawa kekenyangan? Saya tak fitnah, cuba teliti kenyataan Ahmad Maslan di Parlimen mutakhir ini :- ---“Speaking to reporters at the Parliament lobby later, Ahmad explained that Felda's cash reserve was at RM4.08 billion in 2004 but dropped to RM1.35 billion in 2009 - a plunge of RM2.73 billion over a five-year period.
He said that the difference was used for welfare purposes - RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters.”.--- Orang ini yg orang-orang Felda percaya untuk uruskan kewangan Felda? Bijaklah sikit…

6) Berbalik semula pada isu bakar akhbar, UMNO bertindak bakar akhbar Suara Keadilan, kami nak bagitau yg kami dah lama ludah akhbar Umno-Utusan Malaysia yang tak sudah-sudah kena hadapkan ke mahkamah kerana laporan tak tepat dan fitnah. Tak setuju? Ingatkah kalian Utusan Malaysia pernah di heret oleh YB Guan Eng kerana fitnah kerajaan dan exco kerajaan negeri Pulau Pinang? Utusan juga di heret oleh YB karpal tentang isu kemelut politik Perak? Juga pernah di heret oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai isu? Tak lupa juga editor akhbar Utusan Zulkiflee Bakar pernah di heret oleh seorang MP Pakatan kerana menyiar artikel fitnah.

7) Dapat beza antara Suara Keadilan dan Utusan Malaysia? Nak bakar sebanyak mana pun akhbar kami, bakar lah. Nak sekat kami pun, sekat lah, nak caci pemimpin kami sebanyak mana pun, caci lah, yang penting, rakyat sentiasa menilai apa yg berlaku hari ini.

8) Kalian kena ingat, di ludah dan di bakar amat tinggi perbedaan jurang taraf maruahnya. Begitu rendahnya maruah Utusan yg diludah dan dipijak rakyat dari dulu lagi.

9) Yang penting, rakyat menaruh harapan dengan pembongkaran ini kerana isu ini dapat membantu menyelamatkan dana rakyat dan juga masa depan negara. Apa yang penting kita akan pastikan proses mahkamah berjalan dengan adil dan saksama, InsyaAllah.


pikir-pikirkan...laungan reformasi tetap kita genggam..peace~

Wednesday, June 23, 2010

labah-labah..



salam.....

sobsobsob..asal stat ayt mesti sobsobsob..papejela..

huhu..mlm ni malas gler sy..huhu...menyampah dgn pencacai2...isu bodoh je kuar..nk provoke sy..provoke ler...huhu..ade sy kisah..bak kata aiman xkisah...mlas la nk pikir..biarlah...
korang pernah tgk labah2 x..sarang labah2 penah tgk x...kadang-kadangkan sy bnyak terpikir...mcm ne ek kalo rumah yg sy diami adalah mcm rumah labah-labah..kukuh ke x..kalo sy nk tinggal dlm 2...mesti xkukuh....jadi sy xleh harap rumah yg sy nk diami sperti rumah labah-labah...jadi sy xboleh bergantung pada tapak yg xkukuh..huhu..ape yg sy sedang merepek ni... xde la...sy nk berkongsi dari dulu hingga sekarang sy suka ayat al-quran dari surah al-ankabut-41

"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yg membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yg paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui.." Al-Ankabut-41

bila sy ulang ayat diatas sy sedih..bukan ape kdg2 diri ini lemah..kdg2 kita terlalu bergantung harap kpd manusia ..padahal ada yg lebih dekat dgn kita..huhu...kita takot kpd manusia lebih sgt drpd kita takot kpd Allah..kita terlalu mengharapkan redha manusia drpd redha Allah...kita terlebih cintakan manusia drp cinta kpd Allah..kita malu nk cegah yg mungkar.kita malu nk berkata yg benar.....kita malu bnda yg xsepatutnya malu..huhu..sedih ooooo....huhhhh sedihhh... sepatutnya takotlah kpd Allah s.w.t....cintailah Allah s.w.t...Dia yg lebih dekat......


papepun hidup mesti diteruskan....doakan diri ini supaya kuat dlm menghadapi liku2 hidup yg berduri...huhuhu...semoga diri ini terus tabah....

Monday, June 21, 2010

aduhai anak kucing....

Anak kucing dibelai rakyat diabai???

dipetik dari suara keadilan...

SHAH ALAM 20 Jun - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli anak kucing Parsi dan meminta rakyat Malaysia menamakan kucing tersebut dianggap sebagai cuba memancing dan 'membeli' perasaan rakyat Malaysia yang kini diheret ke dalam kemelut ekonomi yang tidak menentu akibat salah urus tadbir kerajaan Umno-Barisan Nasional yang pincang.

Gambar terbaru Najib mendukung anak kucing berkenaan yang disiarkan hampir di semua media tempatan, disifatkan sebagai cubaan menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang penyayang, di kala imejnya kian merosot dan terpalit dengan pelbagai skandal peribadi dan penyelewengan.

Ketua Serikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail menganggap Najib sekadar mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai isu seperti lesen judi sukan bola sepak, Apco, Zionisme, penyerahan dua blok minyak kepada Brunei, tanah KTMB, kerugian Sime Darby, kemerosotan rizab Felda, skandal PKFZ, komisyen Scorpene dan pelbagai lagi isu yang membelenggu pentadbirannya.

"Kita rasa tindakan beliau cuba memperlihat dan mengubah arus pandangan rakyat dengan mengalihkan perhatian terhadap RMK-10 yang baru dibentangkan, isu judi, isu Apco dan sebagainya.

"Beliau harus menjawab semua persoalan oleh rakyat, bukannya dengan isu membeli kucing yang beliau ada masa untuk itu tetapi tidak mampu menjawab persolan yang lebih besar dari rakyat," ujar Siti Aishah.

Siti Aisyah berkata, Serikandi menggesa Najib jangan terlalu beretorik di saat rakyat kini menderita dengan pelbagai isu seperti cadangan penarikan subsidi di tengah krisis ekonomi yang tidak menentu dan kegagalan urus tadbir ekonomi oleh kerajaan.

"Isu judi, Apco, dia gagal beri penerangan, isu yang paling besar dan rakyat ternanti-nanti jawapan beliau. Saya berharap Najib jangan terlalu beretorik, dengan menunjukkan seolah dia seorang prihatin, rakyat mahukan penjelasan tentang isu-isu yang lebih besar.

"Dia baru bentangkan RMK-10 yang perlukan banyak penjelasan, kerugian Sime Darby, Pos Malaysia, pembelian tanah KTMB di Singapura, gadaian blok minyak kepada Brunei dan banyak yang harus diteliti, bukan turun padang bermain dengan kucing.

"Kita mahu Najib disamping menunjukkan aspek keprihatinan kepada aspek yang lain, jangan lari daripada isu sebenar, jangan cuba mengelak menjawab desakan rakyat," tegasnya lagi.


p/s:isu judi-apco..kapal israel lending...isu penyerahan blok L n M...tbe beralih plak isu anak kucing.....

Monday, June 14, 2010

syndrome sensitif...sobsobsob...


sobsobsob..hukhukhuk...

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

huhuhu..sedih ooo dgr lagu nih..sy pun nk jadi isteri solehah jugak...huhu...tp sy ni xde la solehah sgt....masih gler2...huhu....tp ade org ckp kat sy SOLEH AND SOLEHAH IS ONGOING PROCESS...HUHUHU...korg doakan ek nti sy berkahwin sy boleh jadi isteri solehah..huhu....


p/s:sedang berada dlm syndrome sensitif....


Saturday, June 12, 2010

suke lagu nih..

Polis Sibuk Pantau Ceramah Politik, Peragut Berleluasa Di Kawasan Bandar

salam...

KUALA LUMPUR 12 Jun - Lawatan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ke Jalan Maarof, Bangsar semalam bukan sahaja menjadi tumpuan penguna jalanraya tetapi juga telah menarik minat peragut yang menjadikan kumpulan wartawan yang membuat liputan berita sebagai mangsa.

Jurukamera akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau, Khor Meng Siang, yang sedang berjalan lebih kurang 100 meter di belakang Nurul Izzah dan wartawan lain sambil mengambil gambar Jalan Maarof diragut oleh dua penyamun yang menunggang motosikal.

Menh Siang yang cedera di bahagian lutut juga kehilangan kameranya yang dianggarkan bernilai RM20,000.

"Ini satu kejadian yang serius, di mana jurukamera diragut semasa bertugas dengan kehadiran sama seorang ahli parlimen. Saya amat terkejut dan hampa dengan pihak polis atas kejadian ini kerana apabila kita mengadakan ceramah, banyak pula anggota polis yang hadir," kata Nurul Izzah berhubung kes ragut tersebut.

Tambah beliau lagi, ini jelas menunjukkan betapa lemahnya perondaan polis di kawasan Bangsar, yang merupakan pusat perniagaan yang sentiasa sibuk dengan kepadatan penduduk yang tinggi.

"Polis patut meronda kawasan ini lebih kerap memandangkan kepentingan ekonominya, tetapi peristiwa malang ini hanya membuktikan kawasan ini tidak dipantau sepenuhnya hinggakan peragut ini berani bertindak di tengah bandar, tambah lagi di siang hari.

"Polis sentiasa meronda dan menghantar ramai anggotanya untuk menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh kita, yang jelas satu pembaziran sumber sedangkan apa yang kita perlukan ialah lebih banyak anggota ditugaskan di lapangan membantu dan dalam masa yang sama mengembalikan keyakinan rakyat.

"Isu ini hanya berbalik kepada pemantauan tugasan polis kerana saya percaya apabila adanya satu badan untuk memantau institusi kepolisan, polis berpeluang membaiki diri dengan menerima kritikan positif dan secara langsung memberikan perkhidmatan yang lebih baik," kata beliau lagi.

Nurul Izzah menegaskan, kejadian sebegini mengukuhkan lagi desakan mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) yang dapat membendung polis daripada menjalankan tugasan yang berunsurkan politik dan menggalakkan perkhidmatan yang mengutamakan rakyat.

"Saya sedih dengan kejadian ini, malah kini saya sendiri tidak berasa selamat untuk berada di luar. Jika peragut semakin berani hinggakan meragut jurukamera yang mengikuti saya, apa jaminan saya sebagai seorang Ahli Parlimen tidak diragut selepas ini? Bagaimana saya hendak mempercayai kenyataan badan kepolisan dan statistik yang dibentangkan di Parlimen menyatakan kadar jenayah telah berkurangan?" soal Nurul Izzah.


sumber:suara keadilan...

nothing....

salam...

tbe2 rasa sedih..huhuhu....

rasa xde semangat.....

dahla viva ari isnin.....tp sy masih buat bodoh lagi..huhu

tbe2 teringat dekat mak sy..ayah sy..huhu

tbe2 rasa xde kekuatan utk teruskan apa yg sy ada sekarang ini....

emmmmm...Ya Allah ampunkanlah dosaku.....

Monday, June 7, 2010

xpaham sungguh...

salam utk semua..

yg post kali ni agak xsesuaila kalo nk bca...huhuhu

actually sy xpham kenapa dan mengapa...

adakah sy ni xleh terima teguran org lain?????huhu

tpkan sy x kisah org nk tegur sy...tp kalo tegur benda yg betol x mengapa....tp sy akui sy terima

teguran kalian...

to mereka2 diluar sana:

terima kasih krn bimbangkan diriku.

cuma ada yg lebih perlu dibimbangi kalian...

kadang-kadang kita terlalu mengambil berat yg remeh temeh,

TAPI KITA REMEHKAN HAL YG BERAT...SEPERTI DOSA DAN PAHALA....

cthnya pergaulan dgn kwn2...aurat mcm mana...


Friday, June 4, 2010

PROGRAM CERAMAH DSAI...


PROGRAM CERAMAH DSAI....

6 Jun 2010 (Ahad)

1) 7.00 – 8.30 Malam – Solat Maghrib dan Tazkirah di Masjid Bayan Baru

2) 7.30 – 11.00 Malam – Jamuan Makan Malam

Tempat – Dewan Market, Batu Lancang, Jelutong, Pulau Pinang

Penceramah-

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YAB Lim Guan Eng
YB Nasaruddin Mat Isa
YB Mansor Othman dan lain-lain tetamu kehormat

3) 9.00-12.00 Malam – Ceramah Perdana di Kulim Bandar Baru, Kedah

Tempat – Dewan Sri Serdang Bandar Bharu,Kedah

Penceramah-

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak
YB Ahmad Kassim
YB Dato’ Johari Abdul
YB Lee Hoy Seng
YB Yaakob Husin


JEMPUT DTG SEMUA...

dunia tanpa sempadan..apa yg benar boleh dipalsukan..dan yg palsu boleh dibenarkan..

Tuesday, June 1, 2010

update pantas(bak kata muni)



salam mujahadah buat semua...

mesti korang da tdo da ek tyme2 mcm ni..sy seperti biasa..mlmlah bru sy menjadi aktif..hehhe

bukan aktif yg lain ek..otak sy mula aktif tgh2 mlm..so bile otak sy aktfi sy boleh la study..taip tesis yg tarikh nk anta semaki mendekati sy..huhu...befikir boleh jugak tyme2 cm ni..ahaks.....

semenjak akhir ni bumi usm dipenuhi dgn budak-budak palapes..difahamkan sempenan pengtauliahan mereka...semua u ade..so s2dent postgrade xde la yg sunyi sgt di bumi usm nih...

td masa sy tgh taip tesis sy..ade shabat post satu lagu ..ble dgr lagu 2 teringat la plak zaman sy dahulu kala..zaman yg masih tidak mengenali erti dakwah dan tarbiah..zaman bru masuk universiti...

lirik dia mcm ni:renungilah...

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati..
kepada manusia yg alpa jua buta..
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah...
Luka hati yg berdarah kini jadi kian jadi parah..
Semalam sudah sampai ke penghujungnya..
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu..
Tak ingin lagi kuulangi kembali..
Gerak dosa yang menghiris hati..
Tuhan dosaku menggunung tinggi,,
Tapi rahmatMu melangit luas..
Harga selautan syukurku..
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi...
Tuhan walau taubat seringku mungkir..
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi..
Bila selangkah ku rapat kepadaMu..
Seribu langkah Kau rapat padaku..


sobsobsob...sedihkan lirik dia..mula la sy nk teringat zaman2 sy dahulu..zaman yg tergile2kan hiburan...tergilekan feshen yg ntah pape...zaman yg mementingkan pandangan manusia drpd pandangan Allah s.w.t..huhu..Ya Allah...alhamdulillh hari ni Kau telah bukakan pintu hatiku ini...huhuhuhu....

p/s:Ya Allah selamatkan lah saudara kami yg berada di Gaza....


Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


sitimarsitahjamil

1.42 a.m..

Saturday, May 29, 2010

Kematian Menurut Al-Quran...



Salam Persaudaraan untuk semua pembaca blog meniti hari yg dikasihi Allah...tERlebih dahulu sy meminta maaf andai coretan diblog sy yg kdg2 agak mengikut perasaan...tiada langsung perongsian...maaf dipinta...

Sedang sibuk untuk menyiapkan tesis sy..sy rasa,hari ini sy ingin berkogsi serba sedikit info yg sy ambil dari buku SAKINAH yg telah sy baca...Kematian menurut al-quran...sy percaya,sy,kmu dan mereka akan mati suatu hari..mungkin esok,sebentar lagi atau lusa...ajal boleh tiba pada bila2 masa shj...jadi besediakah kita???mcm na plak dgn bekal yg akan kita bawa ke sana kelak...dalam al-quran bnyak ayat yg mengaitkan tentang kematian..
  • SETIAP KITA AKAN MERASA MATI
"Tiap-tiap yg berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dlm syurga,sungguh ia telah beruntung. Kehidupan didunia ini hanyalah kesenangan yg memperdayakan" Ali Imran-185

  • KEMATIAN BERSIFAT MEMAKSA DAN SIAP MENGHAMPIRI MANUSIA WALAUPUN KITA BERUSAHA MENGHIDARI RISIKO-RISIKO KEMATIAN.
"Sekiranya kamu berada dirumahmu, nescaya org2 yg ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah(berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dlm dadamu dan utk membersihkan apa yg ada dlm hatimu.Allah maha mengetahui isi hati" Ali-Imran-154

  • KEMATIAN AKAN MENGEJAR SESIAPAPUN MESKIPUN IA BERLINDUNG DI SBALIK BENTENG YG KUKUH ATAU DISEBALIK TEKNOLOGI KEDOKTORAN YANG CANGGIH.
"Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu,sekalipun kamu didalam benteng yg tinggi lagi kukuh".An Nisa-78
  • KEMATIAN DATANG SECARA TIBA-TIBA
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tg hari kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yg ada dalam rahim. Dan tiada seorgpun yg dapat mengetahui dgn pasti apa yg diusahakannya esok. Dan tiada seorgpun yg dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." Luqman-34

  • KEMATIAN TELAH DITENTUKAN WAKTUNYA TIDAK DAPAT DITUNDA ATAU DIPERCEPATKAN
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkam (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan." Al-Munafiqun-1

Semoga kalian sentiasa dlm redha Allah.. Jika hendak berubah, apa tunggu lagi.. setiap perubahan bermula dari tindakan.. Jgn tunggu utk berubah kerana ajal tak menunggu kita..Sy jugak bnyak kekurangnya..Pesanan dan entry diatas adalah untuk diri sy juga serta kamu2...

SESUNGGUHNYA MATI ITU IBARAT POHON BERDURI YANG DIMASUKKAN KE DALAM PERUT ANAK ADAM;DAN SESUNGGUHNYA DURI ITU MENGAIT PADA URAT-URAT DIDALAMNYA,LALU DITARIK OLEH SESEORG YG SANGAT KUAT SEHINGGALAH TERPUTUSLAH URAT YG SEHARUSNYA PUTUS.


sitimarsitahbintijamil 10:39 mlm....



Thursday, May 27, 2010

family...

salam.

testing2...

pada saat ini sy sedang bergelut utk menyesiapkan tesis sy..

so xde pape berita menearek pun....

cma skang ni sy berada dlm mode rindukan family sy..

rindu sama mak,ayah,abg saif,pika n azim..

diorg tgh bt ape la 2..

harap2 mereke semua sihat sejahtera..

semoga mereka semua berada dlm lindungan Allah s.wt...

Sunday, May 23, 2010

sensitip.....

salam...

emm..npe ek sy x leh lagi nak buang sifat sensitif yg terlampau2 sgt...huhu..

ingatkan sifat ni dah hilang dah..tp masih ada lagi...sifat sensitip yg teramat2....

org nak kata apa sikit...mudah terasa..huhuhuhu

so apabila sikap ini menyerang sy..sy jadilah mcm angin...

terbang kesana-kemari...

apabila sy sensitif dgn sikap si A...sy pun terbang mencari si B....

apbila sy terasa dgn si B...sy terbang mencari si C...

apabila sy terasa dgn si C...sy terbang mencari semula si A....

kesimpulannya dengan semua org sy sensitif...huhuhu

huhuhu....ape la ubat yg leh hilangkan sifat ini...sy da cuba da mengawal..tp x berjaya...

ape nak jadi la......huhuhu....

Tuesday, May 18, 2010

ayat Allah s.w.t

Bismillahirrahmanirrahim…..

ehem2...

disini sy nak kongsikan 2 ayat al-quran yg sy dpt tyme sy pegi ceramah utz shahrir long dekat surau bukit jambul tadi...

....................................................................................................................................................................................


"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, akan Kami biarkan mereka beransur-ansur ( kearah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui" Al-A'raf-182.


" ketika mereka melupakan peringatan yang diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tetiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa."..Al-An'am 44

............................................................................................................................................................................

Sunday, May 16, 2010

sepantas kilat kottt....

salam..

sobsobsobsob(selalu nk stat ayt bnyi ehem2 je)

  • Rasulullah adalah contoh terbaik..yang paling ingat mati..paling bijak..tapi Rasulullah mentadbir dunia sebaik-baiknya....
  • Bekerja seolah2 hidup selamanya...beribadah seolah2 mati esok...jd hidup kena balance..
  • Mati itu benar...kg halaman kita ada di sana..negeri akhirat...jom la kita beramai2 kesana...tpi jgn lupa bawa "bekalan"

statement dia ats adalah jawapn yg sy dapat dari pertanyaan sy pagi tadi tbe2 sy terpikir..

"stgh org tu asyik ingt mti jer..smpai khidupan di dunia smpai da x ingt pe pun..asyik duk pegang biji tasbeh jer..duk kat masjid 24 jajm je..xkan kita xnak sibuk dgn urusan dunia sme kot...mcmne 2???"

jadi sy da dpt da jawapannya dari jwapan2 diatas..terima kasih kpd sahabat2 yg bagi jawapan mudah utk level sy utk berpikir...

td sempat msj miza(coursemate sy tyme undergrade dulo)...sempat tnya kbr2 dia..

p/s: AL-FATIHAH BUAT ABUYA ASHAARI MUHAMMAD..salam takziah utk keluarga beliau...

Thursday, May 13, 2010

sudah sedar...



salam....

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).


alhamdulillah...SEBENARNYA sy telah terlupa yg hidup ini sentiasa ada turun naiknya.....adkala sy di belakang ada kala sy di depan.yg penting sy kena bersabar...sungguh hebat percaturan Allah terhadap hambaNya..

tq kat kak wani bnyak nasihatkan sy..terima kasih ingatkan sy dengan ayat al-quran diatas...syg kak wani krn Allah s.w.t...

marsitah jamil

12:16 mlm

penang...

..nothing.......

SALAM...

MCM MANE EK..

KALO BENDA YG KITA USAHAKAN X DAPAT..

HUHUHUHUHUHUHUHUHUHU....

KECEWA SGTTTTT...

SEDIH SGTTT.....

Tuesday, May 11, 2010

hidup ini satu ujian....

salam...


Jalan ini harus ku tempuhi walau seberat manapun ujian...Sebenarnya hidup kita ini

adalah satu ujian...Kdg2 kita cepat marah bila kita ditimpa ujian....tp kite xthu

disebaliknya ada hikmah utk kita...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja mengatakan : Kami telah beriman. Sedangkan mereka tidak diuji lagi. "

( Surah al Ankabuut : 2 )

Ayat ini menggambarkan hakikat bahawa kehidupan kita ini sebenarnya mestilah melalui

ujian-ujian daripada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang beriman

kepada Allah s.w.t, akan diuji dengan berbagai bentuk ujian agar Allah s.w.t

mengetahui siapakah di antara hambanya yang benar-benar beriman. Oleh itu Allah

s.w.t akan menguji mereka yang benar-benar dan bersungguh-sungguh ingin beriman

kepada Allah s.w.t.

Tolonglah sedarlah wahai siti marsitah dan rakan2nya sama ada kenal atau tak...

Kehidupan Ini Adalah Satu Persinggahan Dalam Suatu Perjalanan Panjang Menuju Ke Alam Baqa...

Saturday, May 8, 2010

update segera..

salam....

ehem2...

da lama sy x menjenguk di blog meniti hari..

mggu ni mmg sibuk sgt....tp sibuk apa ek.....

mggu ni sibuk siapkan proposal utk dr azlan..

tp yg menyebabkan sy kne buat secara pntas cz ari khamis ni dia nak minta da..

dr ckp sebab nak buat permohonan terlebih dahulu..huhuhu...

pas 2 bru je td sy bru balek dari program di SRIBU..jadi feci kpd adik2 kecil...

sebelum ke SRIBU...terlebih dahulu g program di sek men teluk bahang di malamnya...

esok paginya bertolak ke SRIBU...alhamdulillah Allah s.w.t beri kekuatan utk teruskan matlamat...

mmg mencabar perjalanan kali ini......yela terpaksa nek jambatan pulau pinang dgn moto...

pas 2 sibuk nak siapkan repot gel utk dr Azhar...

huhu..sgt sibuk...bdak2 undergraduate sume da balek kg da..di usm ni agak sunyi la..

yg tggal s2dent luar dan postgraduate...

dlm masa yg sama hati meronta2 nak balek umah..da lama x jmpa family..huhu..

tp alhamdulillah baru2 ni sy dapat jawapan setiap persoalan yg sy tertanya2 selama ini..

oklah sy nak g mkn dulo..hehhe....maaf update kali ini sekadar luahan masalah yg dihidapi penulis....

Ya Allah ampunkan dosaku sekiranya aku menyebabkan fitnah kpd Agamamu...

Wednesday, May 5, 2010

sombongkah???

salam..

ehem3..(asyik stat mesti bnyi ehem)..

"Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia(kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka dgn angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai org2 yg sombong dan membanggakan diri."surah luqman:18


td bosan kat lab sy duk usha2 quran...pas 2 terjumpa ayat diatas....tg sombong????korang rsa

korg sombong x???mesti korg x sombong kot.....sebut pasal sombong...adakah driku ini juga

dikategorikan sbg SOMBONG???no comment beb.....zassss....tpkan sy agak xpuas hati kdg2...

dgn kwn2 sy yg stok2 tudung labuh(walaupun sy jugak leh la dikategori labuh)..adoyaiii(versi

bang bil)...bkan nak mengutuk..bukan nak menghentam...cuma bgi pendapat

ja....heheh...kdg2kan sy bnyak terima komen2 dari membe2 sy..mereka ckp bdak2 tudung labuh

sombong???apa kes nih....tp sy rasa pun mcm 2 jugak....maybe mereka ada sebab2 yg

tertentu..jawapan yg paling glemer diorang nak jaga pndangan..sy no comment la bab2 mcm ni..

dulo2 tyme jahiliyah sy,sy mengutuk jugak bdak2 tudung labuh ni..sy selalu ckp BAJET XNAK

SENYUM..belagak....nah hambik ko...heheh...Tp SEJAK sy mula menjejakkan kaki dalam arena

dakwah tarbiyah....sy rasa sy ada jawapan mengapa mereka bajet x nak senyum...:)...hahaha.

xkisah la mcm ne pun..yg penting sy,mereka dan kamu jadi diri sendiri......tp sy asa sy

xsombong kot

sy sombong2 kan diri jgn lupa utk tegor sy okeh.............papepun lu pikir la senirik(bak kata bang

bil)...

wassalam........

Monday, May 3, 2010

sekitar pertunangan kak long...

adam si naughty boy....

dua org bdak nma adam(sama nma dgn adam diatas) n hawanis. 2 org blakang
yg bertudung manis ilam my czen n adikku yg shengal.

kak long with kak min(our czen)..

tgh gedik2 berposing..adoyai.....


3 org makhluk...nani,kak long n abg pijan..jurukamera yg x terlatih...


x cun pun wat mcm 2.hehhehe

sepupu-sepakat...hahahah

simple shj............

mereka2 yg ku sygi. ....

gamba paling skema...

bwekkkk....x cun pun..hahha

ni sebahagian2 gmba yg dpt diupload...huhuhu...selamat bertunag yer....sje je upload gmba ni...actualyy sgt merindui korang semua........maybe dlm blan 6 ni insylh..tgulah kepulangan ku kat rumah....kpd adikku...jgalah diri kalian semua.....bye all.....

Sunday, May 2, 2010

update pantas(bak kata muni)

salam..

testing2 1 2 3....

ehem2(perlu ke bt ayt ehem2)..

esok adalah exam sy terakhir utk subject Magnetic Resonance Imaging n Ultrasound..

esok juga merupakan subjek terakhir utk melengkap pengajian master sy..huhuhu...

tbe2 asa sedey plak........ape2 pun sy nak stay lagi kat usm ni....usm adlh tmpat sy blaja bnyak

perkara dlm hidop...

xnak lah ckp2 pnjang....esok da nak exam...papepun doakan sy ek kwn2....insylh kalo ade rezeki

dan dgn izin Allah s.w.t..

sy akn berada lagi di bumi USM..insylh..doakan...

papepun HIDUP MESTI DITERUSKAN...ye x ye jugak..hehhe

sebelom bersurai nak share satu ayt

Firman Allah yg bermaksud:

"Dan katakanlah:'Kebenaran telah datang dan kebatilan telah lenyap, sesungguhnya yg batil itu pasti akan lenyap."(Surah al-Isra' 17-81)...

Friday, April 30, 2010

edisi khas..


"jika manusia ini selalu memikirkan mati, mereka akan menjadi manusia yang paling cemerlang dan mulia. kerana mereka akan beramal dengan sepenuh hati, mewarnai diri dengan sifat mahmudah, dan yang paling penting..... mereka akan sentiasa bersedia dan menyediakan... bersedia untuk mati dan menyediakan amalan untuk dihitung... kerana mereka tahu, dunia ini adalah tempat untuk menanam... dan akhirat itu, adalah waktu menuai.... "

tbe2 sy ske ayat ini..dan kdg2 sy juga sudah terleka dgn kesibukan duniawi..mintak dijauhkan..

td sy g mkn ngan murni n shak...sempat berborak2......sedang menanti kedatangan penulis blog MINAH JANGGAL...MINAH JANGGAL dimaklumkan akan sampai ke usm pada pg besok....

ihsan ayat di atas :dari murni....


Thursday, April 29, 2010

versi merepek meraban

salam....

mcm ne ek nak buangkan sifat suka gelak.2 la tgk lagi SPONTAN...adoi...huhuhu

satu sifat sy suke gelak...suke benda yg kelakar...bila kna marah pun sy gelak...kdg2 org ckp sy x

pernah amik serius sesuatu perkara..huhu...sy rasa sy gelak da tahap terover da..xley r nak serius2..

kalo dgn kwn perempuan lgila......pas 2 sy suke senyum..tp xla symmetry mcm cik oren..hahaha..

satu g bla sy nk wat muka serius mesti sy xley.....tp bila sy wat muka serius mesti kwn2 tegur sy..ayat basic"masyi ko ada pblemkah??".......

tp xelok la kan kalo gelak overdose.....yep sy nk kurgkan tahap kegelakan sy....:)

Sunday, April 25, 2010

last usrah batch 1987 PMIUSM




salam......

ari sabtu ari 2 selesai suda usrah batch 87..lokasinya di botanical garden..konvoi beramai menaiki moto ....walaupun join di saat terakhir..tp kenangan bersama sahabat2 tercinta xkan dilupakan..usrah ini diikuti oleh muslimat-muslimat PMIUSM yg dilahirkan pada 1987...terima kasih kepada:

kak ain a.k.a mak usrah, murni a.k.a ketua, kak zie, ina, shakila, rohana, izzati
jannah,
nurul farah,

p/s:banyak input yg dapat.. semoga ukhwah antara kita akan berkekalan walaupun pas ni semua akan membawa haluan masing2...kalo nak berkahwin jgn lupa la gtau..dtg x dtg 2 lain kira.:)...hidupkanlah usrah ditempat anda..hehhe

Wednesday, April 21, 2010

edisi khas:zassss....



dari kiri:rosniza,syamimi samuin,wani,dayah n kak fatimah...
salam..
HEPI BESDAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kpd kwn ku yg menyambut besday pda sekitar bulan 4(wani,rosniza n dayah)...diucapkan selamat hari lahir..sy sentiasa mendoakan y terbaik utk kalian semua..beruntung sy dpt mengenal kalian semua.walaupun ada antara kalian yg telah mendirikan rumah tangga,tetapi jalinan persahabatan antara kita tetap lagi utuh..terima kasih menjadi sahabat suka dan duka sy..sentiasa memahami perangai sy yg kdg2 agak pening..masih ingat lagi kesusahan kalian menjaga sy ketika sy dimasukkan ke hospital.yg sentiasa berulang alik dari usm ke general hospital..memandu tgh2 mlm membawa sy ke hospital..menunggu selama 3 jam sehingga sy dimasukkan ke wad..yg paling kelakarnya sy masuk wad, goyang kaki je r masuk wad..dgn xbwa pape brg..kalianlah yg bersusah payah..maaf...tapi sebak sgt bila pikirkan..mengenal kalianlah, merupakan titik perubahan sy kearah yg lebih baik..insylh..mengenal kalianlah sy mengenal siapa pencipta sy..mengenal kalianlah sy thu apa itu usrah..apa itu tarbiah.apa itu program..mengenal kalian sy belajar apa itu sabar, berlapang dada..mengenal kalianlah sy tahu(tttttttt) rahsia....huhu..sedih bangat...selama 4 tahun mengenal kalian sgt bermakna bagi sy....huhu....akhir kata semoga jalinan persahabatan antara kita kekal hingga akhir hayat..doakan kejayaan sy..kejayaan sy kejayaan kita semua....JGN LUPE DOAKAN SY BERJAYA DUNIA AKHIRAT...

update senyum symmetry.....

salam sejahtera...

ehem2x....huhuhu.ari ni xnakla skema2 sgt..hehe...ari ni kan sy rasa mcm xbes la plak..emmmm...sebabnya...emmmm.....pas 2 kan dlm kul 10 pg kwn sy msj ckp kak nurul a.k.a pembantu lab suh sy kasi lab repot yg sy anta..kasi sendiri kat dr eid...pensyarah sy..kak nurul ckp sy anta lewat...sy mengaku mmg salah sy pun..mmg salah sy pun sengaja anta lewat...tpkan sy agak segan la dgn pensyarah sy 2...dr eid sgtlah baik dgn sy...sy blaja dgn beliau dari zaman undergraduate lagi...dia mcm da tau2 ja repot mesti sy yg akan anta lewat...huhu...segan lor...pas 2 p jumpa dia..dia jas sengih2 jer...pas 2 dia tnya sy mcmne leh jwab x paper dia ari isnin ari 2..sy ckp bahawa xbleh sgt...dia pun sengih2 jer..

lepas anta repot sy teman besfren sy aifa g jumpe prof suhaimi bincang pasal research si aifa 2....sy xde kne mengena pun..tp ade jugakla sy bgi cdgn..hahaha...pas 2 abis jumpa sy dgn aifa pegi makan plak...pas 2 balek lab...aifa tgk cte korea sy plak study utk exam radiobiology...isnin ni ade exam...study la smpai pukul 5 ptg...aifa balek awal sikit..dlm kul 4 ptg da balek..tgl la sy sorg2 ja kat lab..borak2 dgn kak nurul....sembang2 pasal produk HPA...pas 2 sy pun balek bilik...huhuhu

Actually sy rindu sgt dengan usrah...sepanjang cuti ni xde usrah...patotla jiwa sy kacau sgt minggu nih..Ya Allah ampunkanlah dosaku andai aku terleka sebentar dgn duniawi...Sy rindu nak g dgr ceramah....huhu...sepanjang minggu study ni..sy jas membaca buku motivasi jer...Actually hari ni sy x berapa bermaya..bkan pe semalam sy x boleh tdo....sy xthu knapa n mengapa...

Td baru sebentar kwn sy ym...biasala minta nasihat sy..pasal masalah hati la plak..adoiii...sy plak terpaksa bagi nasihat...actually sy pun xla tere sgt nak kasi2 nasihat..pasal masalah sebegini..tp sy cuba gak..atleast peringatan utk diri sy jugak...huhuhu....haihhhh...

untuk kamu sahabatku:

pndai agama mmg kita kna pandai bukan sekadar utk
menjadi isteri kpd yg soleh tetapi kita belajar agama adalah untuk
bekalan akhirat...itulah yg paling penting wahai sahabatku..perbetulkan
niat terlebih dahulu...semua mesti kerana Allah s.w.t..bukan kerana sesapa
.. jodoh kita xthu dgn sape2 wahai sahabatku...mna tau allah tariknyawa
kita ke...itulah maksud betulkan niat terlebih dahulu...kite semua x
sempurna..selagi kita berusaha mencari cinta Allah...insylh perancangan
Allah lebih baik...huhu..kita x boleh cakap kita ni baik atau jahat ke..
sebenarnya nasihat yg ku bgi ni bukan sekadar menyuruh atau memaksa
orang lain tetapi untuk diri ini juga...ketahuilah sahabatmu ini jugak
pun kdg2 mengalami masalah yg sama...cme bnyakkan istifar je.baca
al-quran...btw same2 la kita cuba perbaiki diri kita..:)

huhu...ari ni sy jadi penasihat plak..demi kwn...sebenarnya sy rindu sgt kwn2 sy masa undergraduate dulu...sy rindu pd nolin(penulis blog MINAH JANGGAL)..diana..ezan..syamimi...misyah..bnyal lagi...yg penting sy rindu keluarga sy..da lama da xbalek KL..huhu..da dekat satu sem da pun..huhu...tp papepun hidup mesti diteruskan bak kata murni(penulis blog LOSE)...:)..

x sabar menanti hari esok...nak mulakan pg esok dgn sesuatu yg indah...PEACE!!!

Ya Allah ampunkan dosa aku seandainya aku menyebabkan fitnah kpd islam...

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Monday, April 19, 2010

~BICARA KATA..:)

salam........

jUST A REMINDER........

Sesungguhnya, cita-cita yang paling luhur dalam Islam adalah menjadi orang yang dicintai Allah, orang yang dekat denganNya dan menjadi kekasih dan waliNya. Jika seorang muslim ingin membanggakan diri, maka berbanggalah dengan ujian dari Allah, keberanian dan pengabdiannya untuk agama, dan memartabatkan kalimat "La ilaha illalah".

tAK kisAhlah APa TajokNya...x KisahLa oRG naK ckP sY jIWang KArat Ke x...xKisahlah Orang Nak MaRah KE x..TerUtamaNya KAum aDam DiLuaer Sana..heheh..x kisahlah orang nak cakap poyo ker..bajet cun ke..hehhe...sy Nak BERMADAH JUGAK...tpkan asa cam kelakar plak..tp tulun serius ok...hahaha

OUR FEELINGS TOWARDS YOUR HOPES....

Wahai insan-insan yang bergelar adam diluar sana, di sini ada harapan insan-insan bergelar hawa..
Mungkinkah ini luahan hati atau benarkah ini satu permintaan, ataukah ianya cuma suatu perasaan

Jangan pernah insan bergelar adam diluar sana memberi harapan atau sirna cahaya buat insan yang bergelar hawa kononnya mencari arah bahagia...Jika anda masih belum pasti atau belum bersedia....

Seandainya sudah pasti niat dihati, yang tidak tercalar dek keliru sanubari, maka teruskanlah langkahmu menuju destinasi..Destinasi kebahagiaan yang kau cari...

Buat insan yang bergelar hawa,

Percayalah janji Tuhanmu..

Surah An-Nisa: 26

--------SOLEH AND SOLEHAH IS ONGOING PROCESS----------------

Tidak perlu sibuk menCAri yang soleh, tapi persiapkanlah diri menjadi solehah di samping mencari cinta RABBI...

Tidak perlu sibuk mencari yang solehah, tapi persiapkanlah diri menjadi yang soleh disamping mengharap redha ILLAHI...


Jagalah Allah, Allah Menjagamu....
SITIMARSITAHJAMIL,
insan hina dina yang mendambakan kasih, cinta dan rinduMU...

P/S: NO PURPOSE TO APPOINT ANYONE..ADVICE FOR ALL,ADVICE FOR ME TOO..
PEACEE...........

LANGIT TIDAK SELAU CERAH...

salam...

LANGIT TIDAK SELALU CERAH. Kita mengharapkan panas hingga ke petang, tiba-tiba hujan pulak ditengahari. Ini adalah sebahagian dari kata-kata orang tua-tua berkaitan dengan kehidupan kita. Tentunya kata-kata ini tidak lahir secara kebetulan tetapimelalui pengalaman yang terbukti berulang-ulang kali.Inilah hakikat kehidupan yang sebenarnya. Tpkan kenapa kita masih lagi terkejut apabila berdepan dengan masalah yang tidak kita jangkakan? Kita nak sangat kehidupan kita berlangsung sebagaimana yang kita rancang dan harapkan.Apabila ada penghalangnya lalu kita kecewa dan marah..Kita salahkan orang itu,orang ini..Habis org disekeliling kita jadi mangsa.

Pernah suatu hari, seorang salafussoleh pulang ke rumah dengan sebiji buah tembikai sebagai buah tangan untuk isterinya. Apabila isterinya membelah buah tembikai tersebut, didapati buahnya busuk dan tidak boleh dimakan. Isterinya meluahkan kata-kata yang menggambarkan kemarahannya. Si suami lalu bertanya "Siapa yang kamu marah? Adakah kepada penjual, kalau dia tahu tentu dia tidak akan beli dan jual buah ini, atau adakah kamu marahkan petani, kalau boleh dia nak semua buah yang ditanamnya elok atau kamu marahkan Allah SWT yang menentukan segala-galanya".....

Beginilah sepatutnya sikap seorang yang beriman, apabila kita kegelapan kita tidak akan marahkan kegelapan tetapi kita mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan cahaya. Kita sentiasa pasrah kepada apa yang telah diputuskan oleh
Allah SWT kepada kita. Kita juga kena percaya segala perancangan dan ketentuan Allah adalah sempurna dan terbaik untuk kita,, cuma mungkin kerana kelemahan serta kekurangan ilmu, kita tidak dapat melihat hikmah yang terkandung disebalik semua kepahitan yang kita tempuhi...

Jadi selalulah bersangka baik dengan Allah s.w.t...Yakinlah dengan janji-janji Allah...

p/s: entry warna-warni..hehehehe....peace!!!!!!

Friday, April 16, 2010

dunia oh dunia.....



salam..

selamat tghari dari sy..hehe..ari ini sy mode hepiii..yeyyy...:)..alhamdulillah Allah s.w.t berikan sy perasaan ini....alhamdulillah sgt2...

Ari ini sy nak menulis tg hidup seindah syurga...sgt skema kan tajuknya...:)

Ari ini sy sgt gembire...ntah papela sy ni...

Firman Allah yg bermaksud:

"Kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal."
(QS:AL-A'LAA:17)..

Hidup adalah sekumpulan hari,bulan, dan tahun yang berputar tanpa pernah kembali lagi. Setiap hari umur kita semakin bertambah, usia berkurang. Hal ini bererti kematian semakin menghampiri kita..Semestinyalah kita kian arif dan bijak menjalaninya, tetapi dalan kesolehan, bertambah kuat akidah, semakin khusyuk dalam beribadah, dan mulia akidah. Pada puncak kebaikan itu lalu kita meningalkan dunia, insyAllah,itulah Husnul Khatimah...

Kehidupan jasad hanyalah sementara di dunia, Sedangkan kehidupan roh mengalami lima fasa, iatu: arwah, rahim, dunia, barzakh, dan akhirat..Bererti hidup didunia ini hanya terminal pemberhentian menuju akhirat..

Tetapi cukupkah bekal sy???

Allah s.w.t mengingatkan,
"Kehidupan akhirat adalah lebih kekal dan baik.

Rasullah s.a.w menggambarkan bahawa hidup ini tak ubahnya seorang musafir yg berteduh sesaat dibawah pohon yg rendang untuk menempuh perjalanan tanpa batas. Kerana itu, bekal perjalanan mesti disiapkan semaksima mungkin. Sebaik-baik bekal adalah takwa...

Tapi bertakwakah sy ini?????huhuhu

"...dan apa jua kebaikan yg kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri; dan bertakwalah kpdKu wahai org2 yg berakal(yg dapat memikirkan dan memahaminya)." QS Albaqarah 2:197

Orang bertakwa adalah yg sangat cerdas. Ia tidak mahu terjebak pada "keenakan" sesaat, tetapi menderita berpanjangan..Kerananya, ia mengolah hidup yg sesaat ini menjadi beerti untuk kehidupan yg lebih panjang..

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main.Dan sesungguhnya akhirat itulah yg sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetaui."(QS AL ANKABUT 29:64).

Sebenarnya, hidup ini dibawah tatapan dan aturan Allah..Kehidupan kita sekarang ni sedang dirakamkan...Dan semua ini akan dipaparkan kemudian hari...Segalanya berlingkar dan digilirkan: hidup lalu mati: kecil akhirnya membesar; muda-muda lma2 jadi tua; dan muncul kesenangan, kadang2 berganti kesedihan, Semua fana'. Tetapi, ditengah kefanaan itu, umat rasullah yg paling berjaya..Hidup yang paling banyak mengingati mati, lalu mempersiapkan hidup selepas mati..

Akhirnya, org2 cerdas akan tahu, sedar dan yakin bahawa hidup bukan untuk mati, tetapi mati itulah untuk hidup. Hidup bukan untuk hidup, tetapi untuk Yang Maha Hidup. Kerananya, jgn takut mati, jgn cari mati, jgn lupa mati, dan rindukanlah mati..Mengapakah???Kerana, kematian adalah pintu berjumpa denganNYA..perjumpaan terindah antara kekasih dengan kekasihnya..

Firman Allah yg bermaksud:

"Pada hari mereka melihat hari kiamat itu, mereka merasakan kehidupan ini hanya sebentar sahaja...seperti hanya hidup pada waktu petang atau pagi.."(23:114).

Firman Allah yg bermaksud:

"Kamu tidak tinggal didunia melainkan sebentar sahaja...jika kamu mengetahui akan hal ini(sudah pasti kamu bersedia)"


untuk diriku>>>>>hidup ini sekejap sahaja....ayuhlah marsitah dalam setiap pekerjaan yg dilakukan...niatkan kerana Allah...Nescaya hati menjadi tenang.....Dunia telah lama menyatakan ia hnya sementara..Jadi mengapa sy perlu mengalah kepada dunia??Mengapa sy perlu menyalahkan dunia jika sy kecundang atau gagal..krn dunia memang dicipta sebagai pentas ujian...


AYUH MARSITAH...CARILAH KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRATMU...

luahan versi beberapa saat...

salam..

help!help!help!

dua tiga ari lagi nak exam..tp...npe rasa xde smbgt la plak..
da la blaja sorg2..huhuhu...sedihh....tp apakah sebab sy xde smngt plak
ni.........maybe bilik sy sunyi kot...atau sy susah hati kot..yep jawapan
nya sy sedang bersusah hati...sebabnya????ntah sy xthu...xthu????maybe sy
resah gelisah dgn peperiksaan..peperiksaan ini sgt penting utk sy
menamatkan master sy...perasaan yg sy rasa skang...selalu rasa xlarat..
termenung....kalut.....dan macam2 lagi...sgt xpham....sy memerlukan
tazkirah...sy memerlukan nasihat...sy memerlukan kata2 dorongan disaat
terakhir ni...huhuhuhu............

Saturday, April 10, 2010

BILA LANGIT MULA MENDUNG...

Bila langit mula mendung

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!* *

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. " (Al-Mukminun :18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. " (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNya lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Bismillahirahmanirr ahim, Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.dan keluarganya , sahabat, para salafusoleh, syuhada' dan para ilmuan. Semoga dianugerah rahmat dan keberkatan kepada para Rasul dan mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat

Dengan Keagungan namaMu Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Latiff, Ya Fatah, Ya Razak, Ya DzalJalalli- Wal ikram

Ya Allah ya Rabbku,

Moga engkau merahmati kami dan menganugerahkan kami sebagaimana banyaknya hujan yang turun di dilangit hari ini.

Ya Allah,

Kayakan lah kami dengan Iman,

Kayakan lah kami dengan Islam,

Kayakanlah kami dengan hati yang tunduk dan patuh kepadaMu,

Kayakanlah kami dengan nikmat syukur

Kayakanlah kami dengan persahabatan yang ikhlas

Kayakanlah kami dengan pertolongan menegakkan syiar Islam

Kayakanlah kami dengan Kasih SayangMu.

Kayakanlah kami dengan kekuatan amal agar Engkau Redho kepada kami

Kayakanlah kami dengan harta yang digunakan untuk mendekatkan diri kepadaMu

Kayakanlah kami dengan kekuatan untuk membangunkan ummah

Kayakanlah kami dengan cahaya di hati untuk mencintai orang yang mencintaiMu dan mencintai orang yang Engkau cintai

Kayakanlah kami dengan rumah rumah di syurga yang Engkau janjikan.

Kayakanlah kami dengan kekuatan zahir dan Batin untuk menyampaikan seruan Dakwah untuk menegakkan agamaMu.

Kayakanlah kami dengan rahmat agar dapat bersama sama Nabi Muhammad S.A.W dan para hamba yang engkau cintai di syurga kelak

Kayakanlah mukmin dan mukminat di seluruh dunia dengan kekuatan jihad dan pertolongan untuk bangun dari kesusahan, kesengsaraan dan penindasan dari musuh-musuhMu.

Dan kayakanlah kami dengan pertolonganMu dalam urusan hidup dan mati kami di dunia untuk menuju akhirat yang pasti.

"Laa ilaaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minadzh dzhalimiin (Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang yang telah berbuat dhalim)"

Ya Allah, makbulkan lah doa hambamu ini. Amin, Ya Rabbal Alamin.

Mutiara kata:

Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir..