salam...
LANGIT TIDAK SELALU CERAH. Kita mengharapkan panas hingga ke petang, tiba-tiba hujan pulak ditengahari. Ini adalah sebahagian dari kata-kata orang tua-tua berkaitan dengan kehidupan kita. Tentunya kata-kata ini tidak lahir secara kebetulan tetapimelalui pengalaman yang terbukti berulang-ulang kali.Inilah hakikat kehidupan yang sebenarnya. Tpkan kenapa kita masih lagi terkejut apabila berdepan dengan masalah yang tidak kita jangkakan? Kita nak sangat kehidupan kita berlangsung sebagaimana yang kita rancang dan harapkan.Apabila ada penghalangnya lalu kita kecewa dan marah..Kita salahkan orang itu,orang ini..Habis org disekeliling kita jadi mangsa.
Pernah suatu hari, seorang salafussoleh pulang ke rumah dengan sebiji buah tembikai sebagai buah tangan untuk isterinya. Apabila isterinya membelah buah tembikai tersebut, didapati buahnya busuk dan tidak boleh dimakan. Isterinya meluahkan kata-kata yang menggambarkan kemarahannya. Si suami lalu bertanya "Siapa yang kamu marah? Adakah kepada penjual, kalau dia tahu tentu dia tidak akan beli dan jual buah ini, atau adakah kamu marahkan petani, kalau boleh dia nak semua buah yang ditanamnya elok atau kamu marahkan Allah SWT yang menentukan segala-galanya".....
Beginilah sepatutnya sikap seorang yang beriman, apabila kita kegelapan kita tidak akan marahkan kegelapan tetapi kita mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan cahaya. Kita sentiasa pasrah kepada apa yang telah diputuskan oleh
Allah SWT kepada kita. Kita juga kena percaya segala perancangan dan ketentuan Allah adalah sempurna dan terbaik untuk kita,, cuma mungkin kerana kelemahan serta kekurangan ilmu, kita tidak dapat melihat hikmah yang terkandung disebalik semua kepahitan yang kita tempuhi...
Jadi selalulah bersangka baik dengan Allah s.w.t...Yakinlah dengan janji-janji Allah...
p/s: entry warna-warni..hehehehe....peace!!!!!!
No comments:
Post a Comment