Friday, April 30, 2010

edisi khas..


"jika manusia ini selalu memikirkan mati, mereka akan menjadi manusia yang paling cemerlang dan mulia. kerana mereka akan beramal dengan sepenuh hati, mewarnai diri dengan sifat mahmudah, dan yang paling penting..... mereka akan sentiasa bersedia dan menyediakan... bersedia untuk mati dan menyediakan amalan untuk dihitung... kerana mereka tahu, dunia ini adalah tempat untuk menanam... dan akhirat itu, adalah waktu menuai.... "

tbe2 sy ske ayat ini..dan kdg2 sy juga sudah terleka dgn kesibukan duniawi..mintak dijauhkan..

td sy g mkn ngan murni n shak...sempat berborak2......sedang menanti kedatangan penulis blog MINAH JANGGAL...MINAH JANGGAL dimaklumkan akan sampai ke usm pada pg besok....

ihsan ayat di atas :dari murni....


Thursday, April 29, 2010

versi merepek meraban

salam....

mcm ne ek nak buangkan sifat suka gelak.2 la tgk lagi SPONTAN...adoi...huhuhu

satu sifat sy suke gelak...suke benda yg kelakar...bila kna marah pun sy gelak...kdg2 org ckp sy x

pernah amik serius sesuatu perkara..huhu...sy rasa sy gelak da tahap terover da..xley r nak serius2..

kalo dgn kwn perempuan lgila......pas 2 sy suke senyum..tp xla symmetry mcm cik oren..hahaha..

satu g bla sy nk wat muka serius mesti sy xley.....tp bila sy wat muka serius mesti kwn2 tegur sy..ayat basic"masyi ko ada pblemkah??".......

tp xelok la kan kalo gelak overdose.....yep sy nk kurgkan tahap kegelakan sy....:)

Sunday, April 25, 2010

last usrah batch 1987 PMIUSM




salam......

ari sabtu ari 2 selesai suda usrah batch 87..lokasinya di botanical garden..konvoi beramai menaiki moto ....walaupun join di saat terakhir..tp kenangan bersama sahabat2 tercinta xkan dilupakan..usrah ini diikuti oleh muslimat-muslimat PMIUSM yg dilahirkan pada 1987...terima kasih kepada:

kak ain a.k.a mak usrah, murni a.k.a ketua, kak zie, ina, shakila, rohana, izzati
jannah,
nurul farah,

p/s:banyak input yg dapat.. semoga ukhwah antara kita akan berkekalan walaupun pas ni semua akan membawa haluan masing2...kalo nak berkahwin jgn lupa la gtau..dtg x dtg 2 lain kira.:)...hidupkanlah usrah ditempat anda..hehhe

Wednesday, April 21, 2010

edisi khas:zassss....



dari kiri:rosniza,syamimi samuin,wani,dayah n kak fatimah...
salam..
HEPI BESDAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kpd kwn ku yg menyambut besday pda sekitar bulan 4(wani,rosniza n dayah)...diucapkan selamat hari lahir..sy sentiasa mendoakan y terbaik utk kalian semua..beruntung sy dpt mengenal kalian semua.walaupun ada antara kalian yg telah mendirikan rumah tangga,tetapi jalinan persahabatan antara kita tetap lagi utuh..terima kasih menjadi sahabat suka dan duka sy..sentiasa memahami perangai sy yg kdg2 agak pening..masih ingat lagi kesusahan kalian menjaga sy ketika sy dimasukkan ke hospital.yg sentiasa berulang alik dari usm ke general hospital..memandu tgh2 mlm membawa sy ke hospital..menunggu selama 3 jam sehingga sy dimasukkan ke wad..yg paling kelakarnya sy masuk wad, goyang kaki je r masuk wad..dgn xbwa pape brg..kalianlah yg bersusah payah..maaf...tapi sebak sgt bila pikirkan..mengenal kalianlah, merupakan titik perubahan sy kearah yg lebih baik..insylh..mengenal kalianlah sy mengenal siapa pencipta sy..mengenal kalianlah sy thu apa itu usrah..apa itu tarbiah.apa itu program..mengenal kalian sy belajar apa itu sabar, berlapang dada..mengenal kalianlah sy tahu(tttttttt) rahsia....huhu..sedih bangat...selama 4 tahun mengenal kalian sgt bermakna bagi sy....huhu....akhir kata semoga jalinan persahabatan antara kita kekal hingga akhir hayat..doakan kejayaan sy..kejayaan sy kejayaan kita semua....JGN LUPE DOAKAN SY BERJAYA DUNIA AKHIRAT...

update senyum symmetry.....

salam sejahtera...

ehem2x....huhuhu.ari ni xnakla skema2 sgt..hehe...ari ni kan sy rasa mcm xbes la plak..emmmm...sebabnya...emmmm.....pas 2 kan dlm kul 10 pg kwn sy msj ckp kak nurul a.k.a pembantu lab suh sy kasi lab repot yg sy anta..kasi sendiri kat dr eid...pensyarah sy..kak nurul ckp sy anta lewat...sy mengaku mmg salah sy pun..mmg salah sy pun sengaja anta lewat...tpkan sy agak segan la dgn pensyarah sy 2...dr eid sgtlah baik dgn sy...sy blaja dgn beliau dari zaman undergraduate lagi...dia mcm da tau2 ja repot mesti sy yg akan anta lewat...huhu...segan lor...pas 2 p jumpa dia..dia jas sengih2 jer...pas 2 dia tnya sy mcmne leh jwab x paper dia ari isnin ari 2..sy ckp bahawa xbleh sgt...dia pun sengih2 jer..

lepas anta repot sy teman besfren sy aifa g jumpe prof suhaimi bincang pasal research si aifa 2....sy xde kne mengena pun..tp ade jugakla sy bgi cdgn..hahaha...pas 2 abis jumpa sy dgn aifa pegi makan plak...pas 2 balek lab...aifa tgk cte korea sy plak study utk exam radiobiology...isnin ni ade exam...study la smpai pukul 5 ptg...aifa balek awal sikit..dlm kul 4 ptg da balek..tgl la sy sorg2 ja kat lab..borak2 dgn kak nurul....sembang2 pasal produk HPA...pas 2 sy pun balek bilik...huhuhu

Actually sy rindu sgt dengan usrah...sepanjang cuti ni xde usrah...patotla jiwa sy kacau sgt minggu nih..Ya Allah ampunkanlah dosaku andai aku terleka sebentar dgn duniawi...Sy rindu nak g dgr ceramah....huhu...sepanjang minggu study ni..sy jas membaca buku motivasi jer...Actually hari ni sy x berapa bermaya..bkan pe semalam sy x boleh tdo....sy xthu knapa n mengapa...

Td baru sebentar kwn sy ym...biasala minta nasihat sy..pasal masalah hati la plak..adoiii...sy plak terpaksa bagi nasihat...actually sy pun xla tere sgt nak kasi2 nasihat..pasal masalah sebegini..tp sy cuba gak..atleast peringatan utk diri sy jugak...huhuhu....haihhhh...

untuk kamu sahabatku:

pndai agama mmg kita kna pandai bukan sekadar utk
menjadi isteri kpd yg soleh tetapi kita belajar agama adalah untuk
bekalan akhirat...itulah yg paling penting wahai sahabatku..perbetulkan
niat terlebih dahulu...semua mesti kerana Allah s.w.t..bukan kerana sesapa
.. jodoh kita xthu dgn sape2 wahai sahabatku...mna tau allah tariknyawa
kita ke...itulah maksud betulkan niat terlebih dahulu...kite semua x
sempurna..selagi kita berusaha mencari cinta Allah...insylh perancangan
Allah lebih baik...huhu..kita x boleh cakap kita ni baik atau jahat ke..
sebenarnya nasihat yg ku bgi ni bukan sekadar menyuruh atau memaksa
orang lain tetapi untuk diri ini juga...ketahuilah sahabatmu ini jugak
pun kdg2 mengalami masalah yg sama...cme bnyakkan istifar je.baca
al-quran...btw same2 la kita cuba perbaiki diri kita..:)

huhu...ari ni sy jadi penasihat plak..demi kwn...sebenarnya sy rindu sgt kwn2 sy masa undergraduate dulu...sy rindu pd nolin(penulis blog MINAH JANGGAL)..diana..ezan..syamimi...misyah..bnyal lagi...yg penting sy rindu keluarga sy..da lama da xbalek KL..huhu..da dekat satu sem da pun..huhu...tp papepun hidup mesti diteruskan bak kata murni(penulis blog LOSE)...:)..

x sabar menanti hari esok...nak mulakan pg esok dgn sesuatu yg indah...PEACE!!!

Ya Allah ampunkan dosa aku seandainya aku menyebabkan fitnah kpd islam...

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Monday, April 19, 2010

~BICARA KATA..:)

salam........

jUST A REMINDER........

Sesungguhnya, cita-cita yang paling luhur dalam Islam adalah menjadi orang yang dicintai Allah, orang yang dekat denganNya dan menjadi kekasih dan waliNya. Jika seorang muslim ingin membanggakan diri, maka berbanggalah dengan ujian dari Allah, keberanian dan pengabdiannya untuk agama, dan memartabatkan kalimat "La ilaha illalah".

tAK kisAhlah APa TajokNya...x KisahLa oRG naK ckP sY jIWang KArat Ke x...xKisahlah Orang Nak MaRah KE x..TerUtamaNya KAum aDam DiLuaer Sana..heheh..x kisahlah orang nak cakap poyo ker..bajet cun ke..hehhe...sy Nak BERMADAH JUGAK...tpkan asa cam kelakar plak..tp tulun serius ok...hahaha

OUR FEELINGS TOWARDS YOUR HOPES....

Wahai insan-insan yang bergelar adam diluar sana, di sini ada harapan insan-insan bergelar hawa..
Mungkinkah ini luahan hati atau benarkah ini satu permintaan, ataukah ianya cuma suatu perasaan

Jangan pernah insan bergelar adam diluar sana memberi harapan atau sirna cahaya buat insan yang bergelar hawa kononnya mencari arah bahagia...Jika anda masih belum pasti atau belum bersedia....

Seandainya sudah pasti niat dihati, yang tidak tercalar dek keliru sanubari, maka teruskanlah langkahmu menuju destinasi..Destinasi kebahagiaan yang kau cari...

Buat insan yang bergelar hawa,

Percayalah janji Tuhanmu..

Surah An-Nisa: 26

--------SOLEH AND SOLEHAH IS ONGOING PROCESS----------------

Tidak perlu sibuk menCAri yang soleh, tapi persiapkanlah diri menjadi solehah di samping mencari cinta RABBI...

Tidak perlu sibuk mencari yang solehah, tapi persiapkanlah diri menjadi yang soleh disamping mengharap redha ILLAHI...


Jagalah Allah, Allah Menjagamu....
SITIMARSITAHJAMIL,
insan hina dina yang mendambakan kasih, cinta dan rinduMU...

P/S: NO PURPOSE TO APPOINT ANYONE..ADVICE FOR ALL,ADVICE FOR ME TOO..
PEACEE...........

LANGIT TIDAK SELAU CERAH...

salam...

LANGIT TIDAK SELALU CERAH. Kita mengharapkan panas hingga ke petang, tiba-tiba hujan pulak ditengahari. Ini adalah sebahagian dari kata-kata orang tua-tua berkaitan dengan kehidupan kita. Tentunya kata-kata ini tidak lahir secara kebetulan tetapimelalui pengalaman yang terbukti berulang-ulang kali.Inilah hakikat kehidupan yang sebenarnya. Tpkan kenapa kita masih lagi terkejut apabila berdepan dengan masalah yang tidak kita jangkakan? Kita nak sangat kehidupan kita berlangsung sebagaimana yang kita rancang dan harapkan.Apabila ada penghalangnya lalu kita kecewa dan marah..Kita salahkan orang itu,orang ini..Habis org disekeliling kita jadi mangsa.

Pernah suatu hari, seorang salafussoleh pulang ke rumah dengan sebiji buah tembikai sebagai buah tangan untuk isterinya. Apabila isterinya membelah buah tembikai tersebut, didapati buahnya busuk dan tidak boleh dimakan. Isterinya meluahkan kata-kata yang menggambarkan kemarahannya. Si suami lalu bertanya "Siapa yang kamu marah? Adakah kepada penjual, kalau dia tahu tentu dia tidak akan beli dan jual buah ini, atau adakah kamu marahkan petani, kalau boleh dia nak semua buah yang ditanamnya elok atau kamu marahkan Allah SWT yang menentukan segala-galanya".....

Beginilah sepatutnya sikap seorang yang beriman, apabila kita kegelapan kita tidak akan marahkan kegelapan tetapi kita mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan cahaya. Kita sentiasa pasrah kepada apa yang telah diputuskan oleh
Allah SWT kepada kita. Kita juga kena percaya segala perancangan dan ketentuan Allah adalah sempurna dan terbaik untuk kita,, cuma mungkin kerana kelemahan serta kekurangan ilmu, kita tidak dapat melihat hikmah yang terkandung disebalik semua kepahitan yang kita tempuhi...

Jadi selalulah bersangka baik dengan Allah s.w.t...Yakinlah dengan janji-janji Allah...

p/s: entry warna-warni..hehehehe....peace!!!!!!

Friday, April 16, 2010

dunia oh dunia.....



salam..

selamat tghari dari sy..hehe..ari ini sy mode hepiii..yeyyy...:)..alhamdulillah Allah s.w.t berikan sy perasaan ini....alhamdulillah sgt2...

Ari ini sy nak menulis tg hidup seindah syurga...sgt skema kan tajuknya...:)

Ari ini sy sgt gembire...ntah papela sy ni...

Firman Allah yg bermaksud:

"Kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal."
(QS:AL-A'LAA:17)..

Hidup adalah sekumpulan hari,bulan, dan tahun yang berputar tanpa pernah kembali lagi. Setiap hari umur kita semakin bertambah, usia berkurang. Hal ini bererti kematian semakin menghampiri kita..Semestinyalah kita kian arif dan bijak menjalaninya, tetapi dalan kesolehan, bertambah kuat akidah, semakin khusyuk dalam beribadah, dan mulia akidah. Pada puncak kebaikan itu lalu kita meningalkan dunia, insyAllah,itulah Husnul Khatimah...

Kehidupan jasad hanyalah sementara di dunia, Sedangkan kehidupan roh mengalami lima fasa, iatu: arwah, rahim, dunia, barzakh, dan akhirat..Bererti hidup didunia ini hanya terminal pemberhentian menuju akhirat..

Tetapi cukupkah bekal sy???

Allah s.w.t mengingatkan,
"Kehidupan akhirat adalah lebih kekal dan baik.

Rasullah s.a.w menggambarkan bahawa hidup ini tak ubahnya seorang musafir yg berteduh sesaat dibawah pohon yg rendang untuk menempuh perjalanan tanpa batas. Kerana itu, bekal perjalanan mesti disiapkan semaksima mungkin. Sebaik-baik bekal adalah takwa...

Tapi bertakwakah sy ini?????huhuhu

"...dan apa jua kebaikan yg kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri; dan bertakwalah kpdKu wahai org2 yg berakal(yg dapat memikirkan dan memahaminya)." QS Albaqarah 2:197

Orang bertakwa adalah yg sangat cerdas. Ia tidak mahu terjebak pada "keenakan" sesaat, tetapi menderita berpanjangan..Kerananya, ia mengolah hidup yg sesaat ini menjadi beerti untuk kehidupan yg lebih panjang..

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main.Dan sesungguhnya akhirat itulah yg sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetaui."(QS AL ANKABUT 29:64).

Sebenarnya, hidup ini dibawah tatapan dan aturan Allah..Kehidupan kita sekarang ni sedang dirakamkan...Dan semua ini akan dipaparkan kemudian hari...Segalanya berlingkar dan digilirkan: hidup lalu mati: kecil akhirnya membesar; muda-muda lma2 jadi tua; dan muncul kesenangan, kadang2 berganti kesedihan, Semua fana'. Tetapi, ditengah kefanaan itu, umat rasullah yg paling berjaya..Hidup yang paling banyak mengingati mati, lalu mempersiapkan hidup selepas mati..

Akhirnya, org2 cerdas akan tahu, sedar dan yakin bahawa hidup bukan untuk mati, tetapi mati itulah untuk hidup. Hidup bukan untuk hidup, tetapi untuk Yang Maha Hidup. Kerananya, jgn takut mati, jgn cari mati, jgn lupa mati, dan rindukanlah mati..Mengapakah???Kerana, kematian adalah pintu berjumpa denganNYA..perjumpaan terindah antara kekasih dengan kekasihnya..

Firman Allah yg bermaksud:

"Pada hari mereka melihat hari kiamat itu, mereka merasakan kehidupan ini hanya sebentar sahaja...seperti hanya hidup pada waktu petang atau pagi.."(23:114).

Firman Allah yg bermaksud:

"Kamu tidak tinggal didunia melainkan sebentar sahaja...jika kamu mengetahui akan hal ini(sudah pasti kamu bersedia)"


untuk diriku>>>>>hidup ini sekejap sahaja....ayuhlah marsitah dalam setiap pekerjaan yg dilakukan...niatkan kerana Allah...Nescaya hati menjadi tenang.....Dunia telah lama menyatakan ia hnya sementara..Jadi mengapa sy perlu mengalah kepada dunia??Mengapa sy perlu menyalahkan dunia jika sy kecundang atau gagal..krn dunia memang dicipta sebagai pentas ujian...


AYUH MARSITAH...CARILAH KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRATMU...

luahan versi beberapa saat...

salam..

help!help!help!

dua tiga ari lagi nak exam..tp...npe rasa xde smbgt la plak..
da la blaja sorg2..huhuhu...sedihh....tp apakah sebab sy xde smngt plak
ni.........maybe bilik sy sunyi kot...atau sy susah hati kot..yep jawapan
nya sy sedang bersusah hati...sebabnya????ntah sy xthu...xthu????maybe sy
resah gelisah dgn peperiksaan..peperiksaan ini sgt penting utk sy
menamatkan master sy...perasaan yg sy rasa skang...selalu rasa xlarat..
termenung....kalut.....dan macam2 lagi...sgt xpham....sy memerlukan
tazkirah...sy memerlukan nasihat...sy memerlukan kata2 dorongan disaat
terakhir ni...huhuhuhu............

Saturday, April 10, 2010

BILA LANGIT MULA MENDUNG...

Bila langit mula mendung

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!* *

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. " (Al-Mukminun :18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. " (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNya lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Bismillahirahmanirr ahim, Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.dan keluarganya , sahabat, para salafusoleh, syuhada' dan para ilmuan. Semoga dianugerah rahmat dan keberkatan kepada para Rasul dan mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat

Dengan Keagungan namaMu Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Latiff, Ya Fatah, Ya Razak, Ya DzalJalalli- Wal ikram

Ya Allah ya Rabbku,

Moga engkau merahmati kami dan menganugerahkan kami sebagaimana banyaknya hujan yang turun di dilangit hari ini.

Ya Allah,

Kayakan lah kami dengan Iman,

Kayakan lah kami dengan Islam,

Kayakanlah kami dengan hati yang tunduk dan patuh kepadaMu,

Kayakanlah kami dengan nikmat syukur

Kayakanlah kami dengan persahabatan yang ikhlas

Kayakanlah kami dengan pertolongan menegakkan syiar Islam

Kayakanlah kami dengan Kasih SayangMu.

Kayakanlah kami dengan kekuatan amal agar Engkau Redho kepada kami

Kayakanlah kami dengan harta yang digunakan untuk mendekatkan diri kepadaMu

Kayakanlah kami dengan kekuatan untuk membangunkan ummah

Kayakanlah kami dengan cahaya di hati untuk mencintai orang yang mencintaiMu dan mencintai orang yang Engkau cintai

Kayakanlah kami dengan rumah rumah di syurga yang Engkau janjikan.

Kayakanlah kami dengan kekuatan zahir dan Batin untuk menyampaikan seruan Dakwah untuk menegakkan agamaMu.

Kayakanlah kami dengan rahmat agar dapat bersama sama Nabi Muhammad S.A.W dan para hamba yang engkau cintai di syurga kelak

Kayakanlah mukmin dan mukminat di seluruh dunia dengan kekuatan jihad dan pertolongan untuk bangun dari kesusahan, kesengsaraan dan penindasan dari musuh-musuhMu.

Dan kayakanlah kami dengan pertolonganMu dalam urusan hidup dan mati kami di dunia untuk menuju akhirat yang pasti.

"Laa ilaaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minadzh dzhalimiin (Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang yang telah berbuat dhalim)"

Ya Allah, makbulkan lah doa hambamu ini. Amin, Ya Rabbal Alamin.

Mutiara kata:

Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir..

update baik punya....:)


salam.....

da lma xupdate kat cni(ayat basic nak stat)...

sy agak sibuk dgn mcm2 perkara sebelum sy menamatkan master sy dgn jayanya..insyaallh.doakan sy ye kwn2....xde pape yg menarek pun dlm kehidupan seharian sy jas nak kongsi seikit beberapa peringatan...

Sy ingin berkongsi kalam Allah yg begitu menyentuh sanubari setiap kali dilanda ujian..

Firman Allah yg bermaksud:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia
mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat seksaan( dari
kejahatan) yang dikerjakannya.(Mereka berdoa), ya Tuhan kami, jgnlah Engkau
hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami janganlah engkau
bebankan keatas kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan keatas ke
atas org2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, jgnlah engkau pikulkan keatas kami apa
yang x sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami ampunilah kami dan rahmatilah
kami. Engkaulah Penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum org yg kafir."

Sesungguhnya, Allah tidak sedikitpun menzalimi hamba-hambanya, krn Dia telah menciptakan kita dengan penuh kasih sayangnya, dan diletakkan kita di tempat yg terpuji..Tidak mungkin sesekali Allah membebani hamba-hambanya diluar kemampuan, krn Allah sedia mengetahui bahawa kita ini bersifat lemah. Justeru marilah kita bersangka baik dgn Pencipta kita...

Sebuah hadis qudsi ada menyebut..

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuatan zalim ketas diri Ku dan Aku jadikan kezaliman keatas diri kalian sebagai sesuatu yg diharamkan, maka jgnlah kalian saling menzalimi.."

" Wahai hamba-hambaKu,kalian semuanya sesat, kecuali org yg telah Aku beri petunjuk, maka mintalah kalianpetunjuk dariKu, nescya Aku berikan kalian petunjuk."

"Wahai hamba-hambaKu, kalian semuanya lapar, kecuali org yg telah Aku beri makan, maka mintalah makanan kpdKu,nescaya Aku beri kalian makan."

Wahai hamba-hambaKu, kalian semuanya telanjang kecuali org yg telah aku beri pakaian.,maka mintalah pakaian dariKu, nescaya Aku beri kalian pakaian."

Wahai hamba-hambaKu, sungguh kalian berbuat dosa pada waktu malam dan siang, dan Aku adalah Dzat Yang Maha Mengampuni dosa, maka mintalah ampunan kpdKu, nescaya Aku ampuni dosa kalian."

Wahai hamba-hambaKu,sungguh sesekali kalian tidak akan mampu melakukan kemudaratan yg akan menimbulkan kemudratan kpdKu, Sesekali kalian juga tidak akan mampu melakukan kemanfaatan yg akan memberi kemanfaatan kpdKu."

Wahai hamba-hambaKu, jikalau kalian yg terdahulu dan yg terakhir dari manusia dan jin semuanya memiliki ( hati sebagaimana) hati org yg paling takwa, maka hal itu tidak akan menambah (keagungan) sedikitpun didalam kerajaanKu."

Lihatlah betapa kasihnya Allah s.w.t kpd hamba-Nya..tidak mungkin Allah menzalimi hambaNya melainkan kitalah yg menzalimi diri kita sendiri..Diharapkan peringatan mengenai Allah yang sedikit ini mampu mengubati jiwa kita semua..insylh...Sama2lah kita melengkapi dalam mencari keredaan Allah krn itulah "goal",tujuan kehidupan kita..


Wallahualam....