Monday, November 9, 2009

SURVIVAL XPDC MAR-AH HASIZU...

Assalamu'alaikum...

Kami HALUANSISWA Zon Utara (Perempuan) akan mengadakan:


Butiran Program:

Tarikh: 7-9 Disember 2009

Tempat: Kem Rekreasi & Motivasi Wang Mu, Perlis.

Yuran Penyertaan: RM15 sahaja


Tema:

“Towards Being Mukminah Muslehah”


Sasaran:

Terbuka kepada semua pelajar IPT khususnya IPT Zon Utara (perempuan sahaja) . Sangat dialu-alukan juga wanita yang sudah berumah tangga yang berhajat menyertai XPDC ini. Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang sahaja. Daftar segera!


Syarat-syarat:

Tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh memudaratkan peserta semasa XPDC djalankan.


Barang-barang keperluan:

  1. Pakaian riadhah yang mencukupi
  2. Pakaian solat
  3. Torch Light
  4. Alatan mandi
  5. Baju sejuk
  6. Selipar tandas
  7. Kain Batik dua pasang
  8. Alat tulis
  9. Al-Quran dan Ma’thurat
  10. Sudu dan cawan
  11. Air mineral botol besar


Dikendalikan oleh:

  • Kem Komanden Cikgu Mohd Abdoh Zainal Abidin
  • Pengisian oleh Cikgu Azmi Bahari


Orientasi program:

Program akan berbentuk aktiviti lasak (outdoor, pengisian, dan LDK) dan akiviiti kecergasan fizikal.


Cara mendaftar:

Hantarkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda kehasizu.utara@gmail.com atau SMS ke talian 0134662698


Cara untuk ke tempat program:

Ambil bas turun di kangar, AJK pengangkutan akan bawa peserta ke MATRI.


Tentatif:
semua peserta dikehendaki berada di MATRI selewat-lewatnya jam 9.00 pagi.

Saturday, November 7, 2009

Buku-buku menarek tulisan Tuan Guru...

salam perjuangan...


ari ni life mcm biasa ja...gpun aku exam ari khamis nti..so ari ni aku luangkan masa untuk mnghadiri usrah sister yg ke-3.....jgn salah faham k dgn term sister yg digunakan....perbincangan ari ni tg sabar....berjaya dikupas dgn baik oleh ahli2 usrah sister..usrah antara kul 9pg smpaila kul12...

lpas abis usrah aku mnemani kak wani g bj untuk usha buku2 terbaru yang terdapat di pasaran semasa.....tujuan utama aku nk g kdai bku nak dapatkan al-quran...bkn pe tafsir quran aku tertinggal dirumah,so selama ni aku duk bca quran tnpa tafsir....mcm xpaham pa 2 pasal aku nak g bei 2...ttp disebabkan kat kdai buku xdak quran yg mcm aku nak...aku tlah menyerong matlamat aku nk dpt quran dgn memborong dua buah buku tulisan tuan guru nik aziz yg bertajuk almaul husna:dengan namamu aku hidup.sebuah lagi buku Kisah Cinta Didalam al-quran........dalam buku kisah cinta dlm al-quran disertakan satu vcd percuma bicara cinta oleh tuan guru.....Actually aku xbca abis gpun...bru je nak stat baca..dibawah ni sinopsis tg buku2 ini.
Kwn2 leh dptkannya dipasaran yg terdekat...Kpd kwn2 sy kat usm if nak pnjam pun leh...



Asma'ul Husna bukan sekadar sebuah irama. Malah, ia mengatasi lirik yang indah sebuah nasyid walaupun ia boleh dilagukan. Ia adalah teras rumusan tentang akidah yang benar, dibina di atas Arasy nama-nama Allah. Ia sehimpun nama-nama Tuhan yang memperkenalkan sifat diri-Nya dalam 99 nama-nama Mulia. Di sana ada erti yang mendalam bagi setiap satu dari nama-nama-Nya.
Seorang muslim yang berbakat untuk dididik adalah muslim yang gemar memerhati dan mendalami setiap satu dari bait Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang terakam dari asma'-asma'-Nya itu. Keadaan tidak seharusnya terhenti di situ. Seterusnya Muslim itu perlu sedaya mungkin menggabungkan dirinya dengan Islam, justeru faham akan sifat Allah yang menjadi Al-Khaliq.

  • Kisah Cinta didalam Al-Quran.


Pasti ramai yg tertanya2 knapa buku ini berwarna coklat???Kbnyakan buku cinta yg dijual diluar kebanyakan berwarna merah tetapi buku ini berwarna coklat...

Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang "terbungkus" kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu", berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi "taboo" dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya "ahli" hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian.Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan "live"!Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al Quran sendiri seperti firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." Surah al Imran Ayat 31.

Tuesday, November 3, 2009

KEMEWAHAN + KEKAYAAN....

salam...

KEMEWAHAN???KEKAYAAN...

Kekayaan adalah suatu rahmat namun kemewahan yang merupakan kekayaan yang tidak terkawal disifatkan oleh Syed Qutb dalam tafsir Fi Zilalul Quran sebagai ulat-ulat yang beracun dan busuk yang akan merosakkan keperibadian seorang mukmin. Kemewahan menjadikan jiwa kita hilang kepekaan serta arah tuju kita mula kabur. Kita mula hilang pertimbangan antara perkara utama dan kurang utama, keperluan atau sekadar keinginan yang tidak semuanya perlu dipenuhi.Kemewahan ini seterusnya akan mewariskan jiwa yang hilang kepekaan ini kepada generasi yang bakal lahir nanti. Ibnu khaldun dalam kitabnya Muqaddimah menggambarkan generasi yang lahir dan membesar dalam kemewahan akan lebih pentingkan diri sendiri. Profesor Hamka pula menggambarkan generasi ini umpama ikan di lombong yang tidak terbiasa dengan arus deras lalu menyebabkan isinya hanyir dan tawar.Dalam semua hal, kekayaan adalah amanah. Segalanya akan dipersoalkan nanti, dari mana kita memperolehinya dan kemana kita telah belanjakannya. Kekayaan adalah rahmat bagi jiwa yang bertaqwa dan bencana yang merosak jiwa yang lemah keimanannya.

RENUNGKANLAH...