"Hari ini,esok,semalam dari pandangan mataku""Walaupun kehidupan yg kita tempuh tidak sepertimana yg kita rancang,walau kegagalan menghiasi setiap langkah yg kita aturkan namun selagimana masih ada harapan dihati, kita kan masih mampu meneruskan perjalanan hidup ini."[HARAPAN ADALH KEHIDUPAN]
Friday, April 16, 2010
dunia oh dunia.....
salam..
selamat tghari dari sy..hehe..ari ini sy mode hepiii..yeyyy...:)..alhamdulillah Allah s.w.t berikan sy perasaan ini....alhamdulillah sgt2...
Ari ini sy nak menulis tg hidup seindah syurga...sgt skema kan tajuknya...:)
Ari ini sy sgt gembire...ntah papela sy ni...
Firman Allah yg bermaksud:
"Kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal."
(QS:AL-A'LAA:17)..
Hidup adalah sekumpulan hari,bulan, dan tahun yang berputar tanpa pernah kembali lagi. Setiap hari umur kita semakin bertambah, usia berkurang. Hal ini bererti kematian semakin menghampiri kita..Semestinyalah kita kian arif dan bijak menjalaninya, tetapi dalan kesolehan, bertambah kuat akidah, semakin khusyuk dalam beribadah, dan mulia akidah. Pada puncak kebaikan itu lalu kita meningalkan dunia, insyAllah,itulah Husnul Khatimah...
Kehidupan jasad hanyalah sementara di dunia, Sedangkan kehidupan roh mengalami lima fasa, iatu: arwah, rahim, dunia, barzakh, dan akhirat..Bererti hidup didunia ini hanya terminal pemberhentian menuju akhirat..
Tetapi cukupkah bekal sy???
Allah s.w.t mengingatkan,
"Kehidupan akhirat adalah lebih kekal dan baik.
Rasullah s.a.w menggambarkan bahawa hidup ini tak ubahnya seorang musafir yg berteduh sesaat dibawah pohon yg rendang untuk menempuh perjalanan tanpa batas. Kerana itu, bekal perjalanan mesti disiapkan semaksima mungkin. Sebaik-baik bekal adalah takwa...
Tapi bertakwakah sy ini?????huhuhu
"...dan apa jua kebaikan yg kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri; dan bertakwalah kpdKu wahai org2 yg berakal(yg dapat memikirkan dan memahaminya)." QS Albaqarah 2:197
Orang bertakwa adalah yg sangat cerdas. Ia tidak mahu terjebak pada "keenakan" sesaat, tetapi menderita berpanjangan..Kerananya, ia mengolah hidup yg sesaat ini menjadi beerti untuk kehidupan yg lebih panjang..
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main.Dan sesungguhnya akhirat itulah yg sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetaui."(QS AL ANKABUT 29:64).
Sebenarnya, hidup ini dibawah tatapan dan aturan Allah..Kehidupan kita sekarang ni sedang dirakamkan...Dan semua ini akan dipaparkan kemudian hari...Segalanya berlingkar dan digilirkan: hidup lalu mati: kecil akhirnya membesar; muda-muda lma2 jadi tua; dan muncul kesenangan, kadang2 berganti kesedihan, Semua fana'. Tetapi, ditengah kefanaan itu, umat rasullah yg paling berjaya..Hidup yang paling banyak mengingati mati, lalu mempersiapkan hidup selepas mati..
Akhirnya, org2 cerdas akan tahu, sedar dan yakin bahawa hidup bukan untuk mati, tetapi mati itulah untuk hidup. Hidup bukan untuk hidup, tetapi untuk Yang Maha Hidup. Kerananya, jgn takut mati, jgn cari mati, jgn lupa mati, dan rindukanlah mati..Mengapakah???Kerana, kematian adalah pintu berjumpa denganNYA..perjumpaan terindah antara kekasih dengan kekasihnya..
Firman Allah yg bermaksud:
"Pada hari mereka melihat hari kiamat itu, mereka merasakan kehidupan ini hanya sebentar sahaja...seperti hanya hidup pada waktu petang atau pagi.."(23:114).
Firman Allah yg bermaksud:
"Kamu tidak tinggal didunia melainkan sebentar sahaja...jika kamu mengetahui akan hal ini(sudah pasti kamu bersedia)"
untuk diriku>>>>>hidup ini sekejap sahaja....ayuhlah marsitah dalam setiap pekerjaan yg dilakukan...niatkan kerana Allah...Nescaya hati menjadi tenang.....Dunia telah lama menyatakan ia hnya sementara..Jadi mengapa sy perlu mengalah kepada dunia??Mengapa sy perlu menyalahkan dunia jika sy kecundang atau gagal..krn dunia memang dicipta sebagai pentas ujian...
AYUH MARSITAH...CARILAH KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRATMU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam.
Daripada ALLAH kita datang
Kepada ALLAH kita pergi.
Hidup kita di dunia hendaklah kerana mencari bekalan di akhirat.
Tetapi ramai yang lupa.
Semoga ALLAH sentiasa memberi kita rahmat dan meberi petunjuk ke jalan yang benar.
Post a Comment