Showing posts with label renungan bersama.. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama.. Show all posts

Friday, November 26, 2010

......dunia yg begitu INDAH tetapi MENIPU.......


Tuhanku... aku tidak layak memasuki syurga Firdaus
Dan aku pun tak mampu menahan siksa api Neraka

Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku amatlah banyak bagai butiran pasir
Terimalah taubatku, wahai Yang Maha Agung

Umurku berkurang setiap hari, sedang dosa-dosaku terus bertambah
Bagaimana aku sanggup menanggungnya?

Tuhanku... hamba-Mu yg durhaka ini datang bersimpuh menghadap-Mu
Mengakui dosa-dosa dan menyeru memohon kepada-Mu

Bila Kau mengampuni, Engkaulah Sang Pemilik Ampunan
Bila Kau campakkan aku, kepada siapa aku mesti berharap selain dari-Mu?


p/s::aku hanyalah insan yang hina dina...wahai sahabat2ku..selalulah engkau bertanya tentang khabar imanku..kerana diri ini mudah lalai dalam arus dunia yg begitu INDAH tetapi MENIPU...dan aku adalah salah seorang mangsanya....

Wednesday, July 21, 2010

dikala senja itu tiba....


salam....semoga kamu2 semua berada dlm rahmat allah s.w.t...


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Ya Allah ampunkanlah segala dosaku Ya Allah..

Monday, May 4, 2009

renungan...

salam..


" Rasulullah s.a.w dan para sahabat membeli syurga Allah s.w.t dengan darah dan air mata.Apa mungkin kita ingin memiliki syurga yang sama hanya dgn goyang kaki sahaja?????"


Fikir-fikirkanlah.....