Showing posts with label zasss.... Show all posts
Showing posts with label zasss.... Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

warna-warni kehidupan..

salam sume...

emmmm...

da lme x singgah kat meniti hari..bukan pe tuan die pun sibuk duk meniti hari..hehe..

ni nk kongsi sikit tg warna-warni kehidupan yg diambil dari blog cikgu azmi..sy tertarek dgn isi2 dlm artikel ini....sme2 kita bca k...

Bayangkan segala yang ada di dunia ini semuanya satu warna sahaja. Katakan warna hitam.

Rumput, pokok-pokok, sawah padi, gunung ganang, bangunan, kenderaan dan apa saja yang ada

semuanya berwarna hitam. Tentunya kehidupan kita adalah kebosanan, hari-harinya adalah

kejemuan dan kita tepaksa mengharungi kehidupan ini dengan jiwa yang hambar dan kosong.

Tentunya tidak banyak kemahuan yang mengisi jiwa kita, tidak banyak cita-cita dan keazaman.

Tentunya setiap hari yang kita lalui tidak ada banyak perbezaannya. Kehidupan ini terasa kaku,

sempit, statik dan tidak berubah. Tentunya kehidupan dan kematian itu tidak terlalu jauh

berbeza hinggakan kita tidak merasa perlu untuk terus hidup. Namun Allah SWT dengan

Kebijaksanaan, Keadilan serta RahmatNya menghiasi dunia ini dengan pelbagai warna hingga

jiwa kita hidup dan bertenaga. Warna warni menjadikan kehidupan kita terasa begitu indah


Saya pernah berpesan pada seorang teman, “hidup kita ini perlu banyak warna”. Ketika itu

bulan oktober 2008, saya perlu kosongkan rumah dimana saya tinggal seperti yang dijanjikan

sedangkan rumah baru yang akan saya sewa hanya boleh mula diduduki pada pertengahan atau

penghujung januari kerana beberapa masalah. Jadi untuk sementara waktu saya menumpang di

rumah kawan yang kosong kerana mereka sekeluarga sedang mengerjakan umrah. Jadi untuk

tempoh itu status saya adalah ‘homeless’ atau tidak berumah. Memang berbagai perasaan yang

perlu saya tempuh pada waktu itu tetapi itulah warna warni kehidupan yang sedang

mengajarkan kita erti kematangan, kesabaran dan kepasrahan bahkan mengajarkan kita erti

kehambaan yang tidak memiliki apa-apa.


“Anta masih muda dan anta perlu warnai kehidupan anta dengan sebanyak mungkin warna

kerana warna warni kehidupan kita ini akan menjadikan kita lebih matang.” Nasihat saya lagi.

“Jangan takut untuk berdepan ujian, cuba apa saja pengalaman asalkan tidak berlawanan

dengan syarak dan tidak mengorbankan prinsip”.



Warna warni kehidupan ini adalah warna warni jiwa kita. Jiwa yang satu warna umpama bumi

dengan satu warnanya. Hari-hari dalam kehidupannya ialah kesunyian, keraguan dan

kekosongan. Oleh itu kita perlu warnakan jiwa kita dengan sebanyak mungkin warna. Saya

sendiri, cuba warnakan jiwa saya dengan pelbagai warna. Sebelum umur saya menjangkau 40

tahun saya akan cuba apa-apa saja yang bermanfaat untuk mengumpul ilmu dan pengalaman.

Saya pernah bekerja di dalam bidang perakaunan, pengurusan, pernah terlibat dalam bidang

pembinaan dan kerja-kerja pakar, menjadi guru, peniaga, motivator,penceramah jemputan dan

sekarang cuba untuk jadi penulis. Saya tidak maksudkan kita perlu bertukar-tukar kerja,

mungkin jalan kehidupan saya agak berbeza. Saya bertukar kerja kerana keperluan bukan

saja-saja tetapi yang saya maksudkan ialah kita perlu berani untuk berdepan cabaran dan

perubahan.

Memang perubahan itu menyakitkan. Bayangkan saya yang belajar dalam bidang pengurusan

tiba-tiba terpaksa bekerja dalam bidang civil engineering bahkan perlu consult engineer-

engineer yang ada masalah terutamanya berkaitan struktur bangunan, water proofing system

dan sebagainya. Saya terpaksa ke perpustakaan untuk memahami istilah-istilahnya, bertanya,

pergi kursus dan sebagainya. Ringkasnya hampir 2 tahun saya terpaksa bertungkus lumus

untuk memahami bidang baru ini dan setelah hampir 5 tahun barulah saya rasa lebih

berkeyakinan. Bukan setakat itu saja, hampir setiap hari saya terpaksa berdepan dengan

engineer yang mengadu dan meminta pandangan berkenaan pelbagai masalah berkaitan

bangunan. Saya pernah beberapa hari sakit tengkok apabila Maybank Ipoh meminta untuk

menyiapkan proposal untuk sistem paip baru bagi sebuah bangunannya, sedangkan pada masa

itu saya baru setahun bekerja. Berbagai istilah yang disebutkan oleh jurutekniknya yang

menyebabkan kepala saya berserabut.

Semua warna warni kehidupan ini akan menjadikan kita lebih faham kehidupan kita sendiri.

Setiap ilmu dan pengalam itu ada harganya yang perlu kita bayar tetapi kita tidak ada banyak

pilihan. Ilmu dan pengalaman itulah modal kehidupan.

Setiap perubahan itu menuntut kesabaran dan keteguhan jiwa tetapi perubahan itulah petanda

kehidupan manakala kekakuan dan tidak berubah itu adalah petanda kematian jiwa. Namun

perubahan itu ada kitaran hidupnya. Saat pertamanya ialah keraguan dan keinginan yang

berperang di dalam jiwa; kita ragu-ragu untuk berubah namun jiwa kita inginkan ketinggian dan

kemuliaan. Saat keduanya ialah keperitan dan tekanan; itulah harga yang perlu kita bayar. Saat

ketiganya ialah kecewa dan percaya diri; bagi kita yang tidak dapat membendung keraguan

maka kita akan balik kepada kedudukan asal dengan penuh kekecewaan namun bagi mereka

yang semakin jelas kejayaan akan terus melangkah dengan penuh percaya diri. Saat

keempatnya ialah menikmati kesakitan; saat inilah jiwa kita benar-benar terbina, keazaman

mula mewarnai diri sedangkan ketabahan, kesabaran dan kepasrahan mula menjadi darah

daging kita...... kita tidak lagi takut gagal kerana kita benar-benar yakin bahawa gagal dan

berjaya itulah warna warni hidup kita sedangkan fitnah, tohmahan, cercaan dan kejian itulah

perisanya. Dan akhirnya ialah kemanisan dan kejayaan yang akan kita miliki
..

Monday, June 28, 2010

mereka ini sgt !@&*%&##%.....zasss


salam..

ni artikel diambil dari kwn sy syafik keadilan...tq

kongsi ngan akak artikel ni kat fb..


1) Pembongkaran isu Felda lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan (SK) adalah satu langkah awal bagi menyelamatkan institusi tersebut daripada terus dipergunakan oleh Umno-Barisan Nasional demi kepentingan politik mahupun peribadi individu tertentu. Agak lincah beberapa suku-sakat juak Umno kelas bawahan cuba tonjolkan diri sbg juara rakyat dengan membakar akhbar SK sambil melaungkan “Hancur PKR!”. Tanpa fakta,siasat dan kenyataan berilmu untuk menyangkal dakwaan SK bahawa Felda(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) akan bankrap hasil campur tangan Umno-BN mereka terus melenting, terlolong seraya anjing menyalak mencari mangsa.

2) Kalau benar kenyataan Suara Keadilan salah, pimpinan KEADILAN dan Pakatan seru UMNO-BN saman dgn kadar segera, InsyaAllah, lagi banyak bukti dan penyelewengan mereka bongkarkan di mahkamah. Umum tahu, Pak Najib dan Muhyiddin sendiri terkejut kaku apabila KEADILAN dan Pakatan bongkar isu ini kerana isu ini akan membangkitkan kemarahan rakyat,bumiputera khususnya. Dan satu yg rakyat pelik, kalau benar tidak bankrap mengapa perlu melatah sedemikian rupa?

3) Secara peribadi, saya setuju dgn kenyataan penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim agar Felda saman pihak ini agar Pakatan dapat menggodek dgn lebih dalam penyelewengan Felda dan Umno yg banyak merugikan rakyat bumiputera.

4) Dalam isu ini, belum lagi mereka ambil tindakan samada saman atau sbgnya, mereka telah kelam-kabut, gentar tak berlagu menyangkal dakwaan pimpinan Pakatan. Apa nak takut sangat? Kalau salah, dakwa di mahkamah,kita lihat siapa juara hujah, jadi kenapa Umno dan Felda terhegeh-hegeh nak bertindak? Tak kisah lah rugi 2.7 juta ke, 8 juta ke, 10 juta ke, yg penting, itu duit rakyat dan perlu kamu bentangkan ke mana perginya jutaan wang rakyat Felda.

5) Tadi saya sempat hubungi rakan saya, salah seorang wartawan Suara Keadilan tentang isu ini. Untuk warga Felda, saya pelik, kenapa masih ada yg beri undi dan menyokong Umno yg dah ratah hak kalian dan mamah sehingga sendawa kekenyangan? Saya tak fitnah, cuba teliti kenyataan Ahmad Maslan di Parlimen mutakhir ini :- ---“Speaking to reporters at the Parliament lobby later, Ahmad explained that Felda's cash reserve was at RM4.08 billion in 2004 but dropped to RM1.35 billion in 2009 - a plunge of RM2.73 billion over a five-year period.
He said that the difference was used for welfare purposes - RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters.”.--- Orang ini yg orang-orang Felda percaya untuk uruskan kewangan Felda? Bijaklah sikit…

6) Berbalik semula pada isu bakar akhbar, UMNO bertindak bakar akhbar Suara Keadilan, kami nak bagitau yg kami dah lama ludah akhbar Umno-Utusan Malaysia yang tak sudah-sudah kena hadapkan ke mahkamah kerana laporan tak tepat dan fitnah. Tak setuju? Ingatkah kalian Utusan Malaysia pernah di heret oleh YB Guan Eng kerana fitnah kerajaan dan exco kerajaan negeri Pulau Pinang? Utusan juga di heret oleh YB karpal tentang isu kemelut politik Perak? Juga pernah di heret oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai isu? Tak lupa juga editor akhbar Utusan Zulkiflee Bakar pernah di heret oleh seorang MP Pakatan kerana menyiar artikel fitnah.

7) Dapat beza antara Suara Keadilan dan Utusan Malaysia? Nak bakar sebanyak mana pun akhbar kami, bakar lah. Nak sekat kami pun, sekat lah, nak caci pemimpin kami sebanyak mana pun, caci lah, yang penting, rakyat sentiasa menilai apa yg berlaku hari ini.

8) Kalian kena ingat, di ludah dan di bakar amat tinggi perbedaan jurang taraf maruahnya. Begitu rendahnya maruah Utusan yg diludah dan dipijak rakyat dari dulu lagi.

9) Yang penting, rakyat menaruh harapan dengan pembongkaran ini kerana isu ini dapat membantu menyelamatkan dana rakyat dan juga masa depan negara. Apa yang penting kita akan pastikan proses mahkamah berjalan dengan adil dan saksama, InsyaAllah.


pikir-pikirkan...laungan reformasi tetap kita genggam..peace~