Anak kucing dibelai rakyat diabai???
dipetik dari suara keadilan...
SHAH ALAM 20 Jun - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli anak kucing Parsi dan meminta rakyat Malaysia menamakan kucing tersebut dianggap sebagai cuba memancing dan 'membeli' perasaan rakyat Malaysia yang kini diheret ke dalam kemelut ekonomi yang tidak menentu akibat salah urus tadbir kerajaan Umno-Barisan Nasional yang pincang.
Gambar terbaru Najib mendukung anak kucing berkenaan yang disiarkan hampir di semua media tempatan, disifatkan sebagai cubaan menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang penyayang, di kala imejnya kian merosot dan terpalit dengan pelbagai skandal peribadi dan penyelewengan.
Ketua Serikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail menganggap Najib sekadar mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai isu seperti lesen judi sukan bola sepak, Apco, Zionisme, penyerahan dua blok minyak kepada Brunei, tanah KTMB, kerugian Sime Darby, kemerosotan rizab Felda, skandal PKFZ, komisyen Scorpene dan pelbagai lagi isu yang membelenggu pentadbirannya.
"Kita rasa tindakan beliau cuba memperlihat dan mengubah arus pandangan rakyat dengan mengalihkan perhatian terhadap RMK-10 yang baru dibentangkan, isu judi, isu Apco dan sebagainya.
"Beliau harus menjawab semua persoalan oleh rakyat, bukannya dengan isu membeli kucing yang beliau ada masa untuk itu tetapi tidak mampu menjawab persolan yang lebih besar dari rakyat," ujar Siti Aishah.
Siti Aisyah berkata, Serikandi menggesa Najib jangan terlalu beretorik di saat rakyat kini menderita dengan pelbagai isu seperti cadangan penarikan subsidi di tengah krisis ekonomi yang tidak menentu dan kegagalan urus tadbir ekonomi oleh kerajaan.
"Isu judi, Apco, dia gagal beri penerangan, isu yang paling besar dan rakyat ternanti-nanti jawapan beliau. Saya berharap Najib jangan terlalu beretorik, dengan menunjukkan seolah dia seorang prihatin, rakyat mahukan penjelasan tentang isu-isu yang lebih besar.
"Dia baru bentangkan RMK-10 yang perlukan banyak penjelasan, kerugian Sime Darby, Pos Malaysia, pembelian tanah KTMB di Singapura, gadaian blok minyak kepada Brunei dan banyak yang harus diteliti, bukan turun padang bermain dengan kucing.
"Kita mahu Najib disamping menunjukkan aspek keprihatinan kepada aspek yang lain, jangan lari daripada isu sebenar, jangan cuba mengelak menjawab desakan rakyat," tegasnya lagi.
p/s:isu judi-apco..kapal israel lending...isu penyerahan blok L n M...tbe beralih plak isu anak kucing.....
5 comments:
apa ni kata pejuang islam tp asyik bersangka buruk aje kat org....
buktinya dimana yg dikatakan sy bersangka buruk???dgn hemahnya sy nk tahu..
umno guna media kutuk orng fitnah org itu pejuang islam ker? halal judi itu pejuang islam ker? sokong paoc yahudi itu pejuang islam ker? umno itu pejuang ker?> main fitnah bersangka buruk terhadap org lain itu pejuang islam ker? sila jawab cik..kalau nak debat boleh ym saya. sekian.
paoc = apco
tq bro azrin.
Post a Comment