Terlebih dahulu aku nak mgucapkan tahniah kepada ajk makanan krn mkanan2 yg kita sediakan telah abis dimakan semasa program iftor ramadan pmi..walaupun buah2 tembikai yg dipotong nmpak mcm caca merba ja dipotong..thanks to muni ajak aku join pmi..hehe..
semenjak dua menjak ni bnyak peristiwa yg berlaku kpd aku...peris2tiwa2 itu kekadang membuatkan aku jd down n mcm2 lgi..huhu...Cthnya bru2 ni terlibat ngan program pmi pun telah disalah ertikan..aku x pergi program usrah pun disalahertikan..Mgkin aku juga bersalah dalam menguruskan masa aku..Mesti korg x pham kan pe pblem aku..Peristiwa2 ini membuatkan aku berfikir sejenak aku sering termenung mengkaji kekhilafan diri, menjadikan aku seorang yang matang bukan sahaja dalaman, malah luaran. Maka aku dptkan simpulkan pada diri aku sendiri bahawa, jika aku tidak memahami diriku sendiri, maka amat susah untukku memahami jiwa dan perasaan orang lain, maka orang lain juga akan menjadi amat susah untuk memahami diriku.. So, here's a checklist that I've formed for myself, as a reminder so that I'll never forget my responsibilities towards myself.huhuhu...
a)Kalau kita nak orang lain jaga hati kita, kita terlebih dulu kena jaga hati kita dan jaga hati orang lain. Think before act, jangan kira nak lepas je perasaan and jadi emosional.
kalau kita tak suka pujuk orang merajuk, kita sendiri jangan suka merajuk, kalau terasa hati, pujuklah diri sendiri. Belajar untuk berbaik sangka.huhu...
b)Kalau kita nak kongsi benda orang, kita juga kena belajar untuk berkongsi. Jangan pentingkan diri, especially dalam persahabatan sebab ukhwah itu adalah satu nikmat yang Allah bagi pinjam kat kita. Ukhwah tu bukan milik kita, bila2 masa Dia boleh tarik balik. So,nikmat yang Allah dah bagi mestilah kena kongsi sebab kita sama-sama hamba. Learn to share kasih sayang dan kebahagiaan.
c)kalau kita nak orang lain terima pendapat kita, kita kena terima and respect pendapat orang lain dulu. Tak semua benda kita betul. Manusia mana tak buat salah??kan2...
d)Kalau nak elakkan pergaduhan, belajarlah untuk mengalah. Tak guna tegakkan ego sendiri kemudian kawan2 sekeliling semua lari. Kalau dalam apa2 hal, biar saja kita yang mengalah. Tapi jangan mengalah dengan jahiliyah pulak. Itu memang kena lawan!! Tapi dalam persahabatan dan persaudaraan seIslam, lebih baik kita mengalah daripada hilang kawan.Itu lebih baikkkk...
e)Jangan jadi pemarah. Tahan. Syaitan sengaja menyala-nyalakan api permusuhan dalam hati tu... Bila rasa nak marah jaa, ucap "a'uzubillahiminashaitanirrajim" lepastu banyak-banyakkan selawat. Orang yang tahan kemarahan dia di dunia, Allah akan menahan dari memberi azabNya di akhirat kelak. panas baran pintu masuk syaitan kedalam hati orang yang lemah.
f)Jangan terlalu merendah diri. Tetapi merendah hati. Tak sama merendah diri dan merendah hati. Orang yang merendah diri selalu memperlekehkan dirinya sendiri, tiada semangat dan cepat putus asa. NO!!! Jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah..Jadilah orang yang merendah hati. Orang yang merendah hati merasa kerdil dan lemah dihadapan RabbNya, merasakan segala yang ada pada diri hanyalah atas keizinan RabbNya dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dari kelemahan yang ada, sentiasa upgrade Iman, tidak riya' dan tidak bongkak.
g)Sentiasa jaga hubungan dengan Allah ek.Tunaikan hak2 Allah.. Allah wajibkan keatas kita at least 5 tuntutan jer(paling lemah bagi yang tidak mampu). Mengucap 2 kalimah syahadah, Solat, puasa, zakat,haji. Yang pertama tu insyaAllah settle. Lagi 4 tu jer..Tu pon susah nak buat. Padahal macam2 Allah dah bagi kat kita. Allah bagi pancaindera, ALlah bagi nikmat Iman, nikmat berada dalam Islam, and macam2 nikmat lagi yang tidak terhitung. Tapi kita nak tunaikan rukun Iman pun berat. Memang kita ni hamba yang tak mengenang budi!!
h)Ingat Allah selalu. Allah sentiasa ingat dan cinta pada hamba.Hamba yang selalu lupa kat Dia. Kalau manusia lupa kat kita pun kita dah sedih. Bayangkan seorang bayi yang ibu dia lupa nak beri dia pakaian, lupa nak beri dia makanan dan minuman, pastu tinggalkan dia di merata tempat,apa jadi kat bayi tu??sendiri tahu kan? Tu baru manusia. Kalau Allah lupa kita sesaat,bernafas kah kita? dapat ke kita nak nikmati nikmat2 yang Allah bagi?bahagiakah kita? sebab tu terjadinya macam-macam bencana,macam-macam penyakit sekarang sebab kita dah lupa kat Allah. So, Allah lupakan kita sekejap,dah jadi macam-macam. Bukanlah sifat Allah itu pelupa,Allah ingat. Cuma Allah biarkan sekejap,supaya hamba Dia ingat balik kat Dia,dan kembali meminta-minta padaNya. Macam ibu, geram kat anak kecil yangnakal maka dia sengaja kurung dekat luar rumah. Ibu tak lupa malah terhendap2 di balik langsir melihat apa si anak tu nak buat. Mula-mula anak tu memanggil ibu sekali panggilan. Ibu buat tak tahu dan terus melihat. Lepas tu anak panggil lagi dan mula menangis. Kemudian si anak itu akan teresak-esak memanggil-manggil ibunya dan berjanji tak kan ulang kesalahan lagi. Pasti ibu yang sedang marah tadi tidak sampai hati nak biar ana dia. Maka pintu pun dibuka, dan anak itu pun dirangkul, dipeluk erat2, dan si ibu pasti berkata, jangan buat lagi taw.Ingat ibu suka buat kamu macam ni. Begitu juga kita sebagai hamba. Adakalanya kita berdoa tapi Allah tak makbulkan lagi.Jangan putus asa sebab Allah nak test sejauh mana kesungguhan dan keyakinan kita padaNya..sebab Allah sayang kita...
i)Akhir sekali, kritik diri sendiri dulu sebelum kritik orang lain. Mulut jangan cepat melatah memperkatakan kelemahan orang padahal kelemahan diri pon masih belum kurang. Orang yang luas mulutnya sempit hatinya. Kurangkan berkata-kata dan banyakkan diam kerana pada diam itu kita berfikir. Usah difikirkan dan mengungkit peristiwa lalu yang memilukan hati,tetapi bukalah sebuah lembaran baru agar hidup ini lebih bererti.
Statement2 dia atas dri a to i ditujukan untuk diri sendiri dan tidak ada kena mengena dgn org lain okeh..sebab kalau bukan aku yang merubah diriku sendiri siapa lagi? Orang lain tak boleh tolong kalau aku sendiri tak nak berubah dan Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang merubah nasib mereka sendiri.....
4 comments:
lama x buat checklist macam nie.
Suka ayat jgn merndah diri tetapi menrndah hati..suka2=)
insyaALLAH smoga kita semua istiqamah di jalanNYA.
Go2..mas!! U cn Doiit!! jgn putus asa k..senyum selalu..:)
terima kasih ya fairus...
chaiyok3!!!
salam
Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai, tetapi bila hati itu telah mati, dengan mudahnya dapat dipengaruhi, itulah perumpamaan jiwa-jiwa insan, mudah leka, lupa dan alpa. Sedarlah dan sama-sama kita saling ingat mengingtkan, Semoga hati kita dipelihara dan trpelihara. Amin
peliharalah akhlakmu kerana ia kehidupanmu,
peliharalah agama kerana ia adalah nyawamu,
peliharalah budi pekertimu kerana ia adalah lukisan hidupmu, peliharalah amalanmu kerana ia adalah pakaian ukhrawimu, peliharalah lisanmu kerana ia adalah hatimu yg menentukan baik buruk dirimu....
(tertarik dgn ayat2 ini yang diambil daripada blog kawanku sesegarhijaudaunan.blogspot.com.. tq..damai!
salam ros...
tq cz kasi berguna untuk diriku..
insyalh kita sama2 menuju kepada
allah s.w.t dgn penuh jalan
kehambaan....(bak kata cikgu azmi)...hehe..peace!!!!
Post a Comment