Wednesday, June 30, 2010

warna-warni kehidupan..

salam sume...

emmmm...

da lme x singgah kat meniti hari..bukan pe tuan die pun sibuk duk meniti hari..hehe..

ni nk kongsi sikit tg warna-warni kehidupan yg diambil dari blog cikgu azmi..sy tertarek dgn isi2 dlm artikel ini....sme2 kita bca k...

Bayangkan segala yang ada di dunia ini semuanya satu warna sahaja. Katakan warna hitam.

Rumput, pokok-pokok, sawah padi, gunung ganang, bangunan, kenderaan dan apa saja yang ada

semuanya berwarna hitam. Tentunya kehidupan kita adalah kebosanan, hari-harinya adalah

kejemuan dan kita tepaksa mengharungi kehidupan ini dengan jiwa yang hambar dan kosong.

Tentunya tidak banyak kemahuan yang mengisi jiwa kita, tidak banyak cita-cita dan keazaman.

Tentunya setiap hari yang kita lalui tidak ada banyak perbezaannya. Kehidupan ini terasa kaku,

sempit, statik dan tidak berubah. Tentunya kehidupan dan kematian itu tidak terlalu jauh

berbeza hinggakan kita tidak merasa perlu untuk terus hidup. Namun Allah SWT dengan

Kebijaksanaan, Keadilan serta RahmatNya menghiasi dunia ini dengan pelbagai warna hingga

jiwa kita hidup dan bertenaga. Warna warni menjadikan kehidupan kita terasa begitu indah


Saya pernah berpesan pada seorang teman, “hidup kita ini perlu banyak warna”. Ketika itu

bulan oktober 2008, saya perlu kosongkan rumah dimana saya tinggal seperti yang dijanjikan

sedangkan rumah baru yang akan saya sewa hanya boleh mula diduduki pada pertengahan atau

penghujung januari kerana beberapa masalah. Jadi untuk sementara waktu saya menumpang di

rumah kawan yang kosong kerana mereka sekeluarga sedang mengerjakan umrah. Jadi untuk

tempoh itu status saya adalah ‘homeless’ atau tidak berumah. Memang berbagai perasaan yang

perlu saya tempuh pada waktu itu tetapi itulah warna warni kehidupan yang sedang

mengajarkan kita erti kematangan, kesabaran dan kepasrahan bahkan mengajarkan kita erti

kehambaan yang tidak memiliki apa-apa.


“Anta masih muda dan anta perlu warnai kehidupan anta dengan sebanyak mungkin warna

kerana warna warni kehidupan kita ini akan menjadikan kita lebih matang.” Nasihat saya lagi.

“Jangan takut untuk berdepan ujian, cuba apa saja pengalaman asalkan tidak berlawanan

dengan syarak dan tidak mengorbankan prinsip”.



Warna warni kehidupan ini adalah warna warni jiwa kita. Jiwa yang satu warna umpama bumi

dengan satu warnanya. Hari-hari dalam kehidupannya ialah kesunyian, keraguan dan

kekosongan. Oleh itu kita perlu warnakan jiwa kita dengan sebanyak mungkin warna. Saya

sendiri, cuba warnakan jiwa saya dengan pelbagai warna. Sebelum umur saya menjangkau 40

tahun saya akan cuba apa-apa saja yang bermanfaat untuk mengumpul ilmu dan pengalaman.

Saya pernah bekerja di dalam bidang perakaunan, pengurusan, pernah terlibat dalam bidang

pembinaan dan kerja-kerja pakar, menjadi guru, peniaga, motivator,penceramah jemputan dan

sekarang cuba untuk jadi penulis. Saya tidak maksudkan kita perlu bertukar-tukar kerja,

mungkin jalan kehidupan saya agak berbeza. Saya bertukar kerja kerana keperluan bukan

saja-saja tetapi yang saya maksudkan ialah kita perlu berani untuk berdepan cabaran dan

perubahan.

Memang perubahan itu menyakitkan. Bayangkan saya yang belajar dalam bidang pengurusan

tiba-tiba terpaksa bekerja dalam bidang civil engineering bahkan perlu consult engineer-

engineer yang ada masalah terutamanya berkaitan struktur bangunan, water proofing system

dan sebagainya. Saya terpaksa ke perpustakaan untuk memahami istilah-istilahnya, bertanya,

pergi kursus dan sebagainya. Ringkasnya hampir 2 tahun saya terpaksa bertungkus lumus

untuk memahami bidang baru ini dan setelah hampir 5 tahun barulah saya rasa lebih

berkeyakinan. Bukan setakat itu saja, hampir setiap hari saya terpaksa berdepan dengan

engineer yang mengadu dan meminta pandangan berkenaan pelbagai masalah berkaitan

bangunan. Saya pernah beberapa hari sakit tengkok apabila Maybank Ipoh meminta untuk

menyiapkan proposal untuk sistem paip baru bagi sebuah bangunannya, sedangkan pada masa

itu saya baru setahun bekerja. Berbagai istilah yang disebutkan oleh jurutekniknya yang

menyebabkan kepala saya berserabut.

Semua warna warni kehidupan ini akan menjadikan kita lebih faham kehidupan kita sendiri.

Setiap ilmu dan pengalam itu ada harganya yang perlu kita bayar tetapi kita tidak ada banyak

pilihan. Ilmu dan pengalaman itulah modal kehidupan.

Setiap perubahan itu menuntut kesabaran dan keteguhan jiwa tetapi perubahan itulah petanda

kehidupan manakala kekakuan dan tidak berubah itu adalah petanda kematian jiwa. Namun

perubahan itu ada kitaran hidupnya. Saat pertamanya ialah keraguan dan keinginan yang

berperang di dalam jiwa; kita ragu-ragu untuk berubah namun jiwa kita inginkan ketinggian dan

kemuliaan. Saat keduanya ialah keperitan dan tekanan; itulah harga yang perlu kita bayar. Saat

ketiganya ialah kecewa dan percaya diri; bagi kita yang tidak dapat membendung keraguan

maka kita akan balik kepada kedudukan asal dengan penuh kekecewaan namun bagi mereka

yang semakin jelas kejayaan akan terus melangkah dengan penuh percaya diri. Saat

keempatnya ialah menikmati kesakitan; saat inilah jiwa kita benar-benar terbina, keazaman

mula mewarnai diri sedangkan ketabahan, kesabaran dan kepasrahan mula menjadi darah

daging kita...... kita tidak lagi takut gagal kerana kita benar-benar yakin bahawa gagal dan

berjaya itulah warna warni hidup kita sedangkan fitnah, tohmahan, cercaan dan kejian itulah

perisanya. Dan akhirnya ialah kemanisan dan kejayaan yang akan kita miliki
..

No comments: